Piala Carabao: Impian Final Manchester United Lebur Walaupun Menang Di Etihad

Manchester United turun bertandang ke stadium Etihad untuk aksi separuh akhir kedua Piala Carabao, berhadapan dengan Manchester City.

Manchester City Pasukan yang lebih dominan dan mencipta lebih banyak peluang gol. Namun mereka gagal untuk menewaskan David De Gea.

Sergio Aguero dan Riyad Mahrez antara yang memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan gol, tetapi digagalkan oleh David De Gea.

https://twitter.com/rfnothuman/status/1222641303361425408?s=19

Malah sebaliknya pasukan Manchester United pula di hadapan pada separuh masa pertama. Nemanja Matic melakukan rembatan deras menewaskan Claudio Bravo.

Itu adalah percubaan tepat yang pertama daripada Manchester United ke arah gawang Manchester City.

Gol Matic itu tidak memberikan keyakinan tambahan kepada pasukan United.

Tetapi malangnya Matic yang cemerlang sepanjang malam tadi, telah menerima kad kuning kedua dan dibuang padang pada minit ke-76.

Manchester City terus menggandakan usaha untuk mencari gol penyamaan. Namun usaha mereka tetap buntu.

Wisel penamat dibunyikan dan Manchester United menang aksi derbi Manchester pada kali ini.

Tetapi Manchester United terpaksa menggigit jari, gagal layak ke final kerana kalah 3-2 secara agregat.

Manchester City layak ke final sekali lagi, untuk tiga musim berturut-turut. Menyaksikan mereka merupakan pasukan ketiga yang mencipta rekod tersebut.

Lawan mereka di final adalah Aston Villa yang memang ke atas Leicester dalam aksi lebih awal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN