Piala Carabao 2019/20: Trezeguet Hantar Aston Villa Ke Final

Gol Mahmoud Trezeguet pada masa tambahan membolehkan Aston Villa mara ke perlawanan akhir Piala Carabao dalam selepas menang 2-1 secara dramatik ke atas Leicester City di halaman sendiri.

Ketika penentuan sepakan penalti sedang menanti kedua-dua pasukan, pemain gantian Ahmed Elmohamedy membuat hantaran lintang cantik untuk disudahkan Trezeguet di bahagian far post.

Gol Trezeguet itu mencetus kegembiraan di Villa Park yang kemudiannya mendorong penyokong untuk turun ke padang meraikan gol tersebut. Ini adalah kali pertama Villa masuk ke perlawanan akhir selepas kali terakhir melakukannya pada Piala FA 2015 – di mana mereka kalah 0-4 kepada Arsenal.

Villa – yang bakal bertemu sama ada Manchester City atau Manchester United di perlawanan akhir – perlu berterima kasih kepada persembahan cemerlang penjaga gol Orjan Nyland. Aksinya pada separuh masa pertama membolehkan Villa mempertahankan kelebihan 1 gol yang dijaringkan oleh Matt Target pada minit ke-12.

Embed from Getty Images

Leicester City akhirnya berjaya juga menembusi gawang gol Villa apabila Kelechi Iheanacho menampan masuk hantaran lintang Harvey Barnes pada minit ke-72.

Tetapi gol Trezeguet bermakna anak buah Dean Smith akan berada di perlawanan akhir Piala EFL pertama sejak 2010, apabila tewas kepada Manchester United.

Nyland dan Grealish hero Villa

Villa mempunyai dua pemain yang cemerlang dalam malam gemilang (awal pagi waktu Malaysia) semalam.

Nyland menjadi ‘dinding’ penyekat siri-siri serangan Leicester pada separuh masa pertama. Penjaga gol berusia 29 tahun Norway itu menghalang percubaan James Maddison dan – paling mengagumkan – rembatan jarak jauh Youri Tielemen.

Ini membolehkan Villa kekal fokus untuk mempertahankan gol Targett dan memberi ruang kepada Jack Grealish untuk mempengaruhi permainan melalui kreativiti dan kebolehannya memegang bola dalam keadaan ditekan.

Embed from Getty Images

Grealish sepatutnya sudah mendapat satu bantuan gol jika tidak kerana kegopohan Mbwana Samatta. Penyerang baru berharga £10 juta itu gagal memanfaatkan hantaran lintang Grealish dalam kawasan kotal enam ela.

Samatta pastinya menghela nafas lega apabila Trezeguet menjaringkan gol kemenangan yang menghantar pasukan mereka ke Wembley.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram