Piala Cabaran: Sarawak Iringi JDTII Ke Separuh Akhir

Semalam telah berlangsung aksi terakhir melibatkan peringkat kumpulan A melibatkan Sarawak dan JDT II.

Kumpulan A hanya ada 3 pasukan. Kelantan sudah menamatkan tugasan mereka di peringkat kumpulan sebelum ini.

JDTII sudah pun mara secara automatik ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan, tidak kira apa jua keputusan di Kuching.

Manakala pasukan Sarawak pula, memerlukan sebarang mata untuk mara. Jika kalah, Kelantan akan mengiringi JDTII ke separuh akhir.

Aksi di Stadium Sarawak, menyaksikan skuad Bujang Senang mengikat JDT dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Meskipun merehatkan beberapa pemain, JDTII masih turun dengan skuad yang kuat. Manakala Sarawak juga turut menurunkan kesebelasan terbaik yang mereka ada.

Namun disiplin pertahanan yang ditunjukkan para pemain Sarawak memastikan pasukan mereka tidak dibolosi oleh pasukan yang paling banyak gol di peringkat kumpulan setakat ini.

Selepas tamat aksi, Sarawak berjaya memastikan mereka mengiringi JDTII ke separuh akhir Piala Cabaran 2019.

Ini sekaligus melengkapkan senarai 4 pasukan yang mara ke separuh akhir, bersama-sama dengan UiTM FC dan Terengganu FCII daripada kumpulan B.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang mara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN