Piala Cabaran 2019: UKM FC Enggan Beri Laluan Mudah Buat JDT II

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
UKM FC

Pengurus UKM FC, Mohd. Fairus Shafie nyata gembira apabila pasukannya layak ke perlawanan akhir Piala Cabaran (Challenge Cup) buat kali kedua berturut-turut dan berharap 2019 akan jadi detik terbaik mereka merangkul gelaran utama dalam saingan Liga Malaysia.

Seperti lawan mereka di final nanti iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) II, UKM juga melakar rekod bersih tidak tewas pada persaingan Kumpulan B dengan merekodkan tiga kemenangan dan tiga keputusan seri.

Sementara itu pada peringkat separuh akhir, skuad bimbingan Sulaiman Hussin itu tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan Sarawak dengan agregat 7-1.

Fairus Shafie

“Saya tidak mahu beri bebanan kepada pemain dan apa yang saya harapkan pemain berikan sahaja 100 peratus serta apa yang mereka ada, moga ada hasilnya nanti selepas 180 minit.”

“Mungkin JDT II dilihat pasukan pilihan berbanding kami dan saya lebih suka perkatakan sebegitu cuma bola sepak ini kita tidak boleh jangkakan apa akan berlaku.”

“Cuma satu perkara sahaja yang kami boleh janjikan, tiada laluan mudah kepada mereka [JDT II] dan kami akan bermain mati-matian untuk memenangi Challenge Cup, ” katanya.

UKM FC akan berkunjung ke Pasir Gudang bagi aksi pertama pada 4 Oktober ini manakala menjadi tuan rumah di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, berselang lapan hari kemudian.

Kredit foto: UKM FC