Piala Cabaran 2019 Temukan Finalis Musim Lalu Dalam Kumpulan Sama

Majlis undian Piala Cabaran 2019 telah pun berlangsung sebentar tadi. Tujuh pasukan akan bertanding dalam edisi kedua pertandingan ini, dengan Terengganu FC II tampil sebagai juara bertahan pertandingan.

Melengkapkan semua tujuh pasukan yang akan mengambil bahagian ialah JDTII, UKM FC, Selangor United, Kelantan dan Sarawak sebagai pasukan dari Liga Premier.

Kuala Lumpur yang menduduki tangga terbawah Liga Super melengkapkan penyertaan. Tiada pasukan jemputan sepertimana yang dilakukan pada edisi sebelumnya.

Selesai undian menyaksikan Kelantan, JDT II dan Sarawak diundi di dalam Kumpulan A.

Kumpulan B pula menyaksikan empat pasukan iaitu Selangor United, Kuala Lumpur, dan dua finalis musim lalu iaitu UKM FC dan Terengganu FC.

Ini juga merupakan penampilan pertama Kuala Lumpur dan Kelantan dalam pertandingan Piala Cabaran.

Perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan secara dua pusingan, dengan dua pasukan teratas akan mara ke separuh akhir. Perlawanan turut diadakan secara timbal balik untuk menentukan dua pasukan terbaik yang akan beraksi di perlawanan akhir.

Pengenalan Piala Cabaran ialah untuk menyediakan platform pertandingan kompetitif untuk pasukan-pasukan yang gagal layak ke Piala Malaysia.

Ini bermakna, pasukan-pasukan ini turut memperolehi jumlah perlawanan yang lebih banyak daripada sebelum ini, seperti pasukan yang bertanding di Piala Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN