Piala Cabaran 2019: Adib Zainudin Enggan Pandang Mudah Cabaran UKM FC

Adib

Pemain pertahanan JDT II, Muhammad Adib Zainudin enggan mengambil mudah keghairahan skuad kendalian Sulaiman Hussin selaku finalis musim lalu untuk merebut kejuaraan Piala Cabaran (Challange Cup) 2019.

Adib menganggap beliau dan rakan sepasukannya tidak boleh melakukan sedikit kesilapan yang boleh membuka ruang kepada lawan.

Hal ini kerana, mereka juga turut sama inginkan laluan mudah bagi aksi final kedua di gelanggang lawan nanti.

“Persiapan kami sekarang berjalan lancar dan semangat juang yang tinggi sentiasa ada untuk kami merebut kejuaraan Challenge Cup musim ini.”

“Perlawanan esok [malam ini] dilihat terbuka untuk kedua-dua pasukan ungguli final pertama ini dan sama ada kami atau lawan, masing-masing mempunyai kelebihan sendiri.”

“Saya secara peribadi melihat skuad UKM FC juga mampu melakar kejutan dan tugas kami satu pasukan perlu memastikan usaha keras untuk menguasai perlawanan pada malam esok [malam ini]”, ujar Adib lagi.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu pada aksi final pertama malam ini di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang manakala aksi timbal balik di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pula berlangsung pada 12 Oktober nanti.

Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram