Piala Cabaran 2018: 5 Gol Ijezie Encang Sarawak Di Selayang

Piala Cabaran edisi sulung membuka tirai saingan pada petang tadi membabitkan perlawanan Kumpulan A.

Sarawak berkunjung ke Selayang untuk berhadapan dengan pasukan tuan rumah UKM FC.

Rekod pertemuan di saingan 100Plus Liga Premier pada musim ini agak seimbang apabila Sarawak menewaskan lawan mereka itu 2-1 di Kuching pada April lalu, sebelum UKM FC menang dengan jumlah jaringan yang sama di tempat sendiri pada Mei.

Kredit: FMLLP, Facebook.

Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan cuaca panas di Stadium Selayang pada petang tadi menyaksikan pasukan tuan rumah tidak perlu menunggu lama apabila mendahului melalui penyerang import, Michael Ijezie seawal minit ke-4 perlawanan.

Tersentak dengan jaringan pasukan tuan rumah, Sarawak pantas bangkit lima minit kemudian apabila hantaran cantik pemain tengah,  Muzaimir Hadi disambar kemas oleh bek kanan, Dzulazlan Ibrahim untuk gol penyamaan.

Kedua-dua pasukan kemudiannya mempunyai peluang untuk berada di hadapan, namun kedua-dua pasukan gagal memanfaatkan peluang yang terhidang.

Kredit: FMLLP, Facebook

Separuh masa perlawanan, menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Babak kedua pelawanan bermula dengan skrip yang hampir sama. Michael Ijezie bijak melepasi kawalan pemain pertahanan pasukan pelawat untuk memastikan UKM FC mendahului 2-1 seawal minit ke-47.

Ijizie terus menjadi duri di dalam daging buat si Bujang Senang apabila penyerang import dari Nigeria itu bijak memanfaatkan kesilapan penjaga gol Sarawak untuk melengkapkan hatrik pada minit ke-55 perlawanan.

Kredit: FMLLP, Facebook

Tidak cukup dengan itu, Ijizie menjaringkan gol ke-4 melalui tandukan selepas menyambar hantaran lintang Rafizi Hamdan hanya selepas empat minit melengkapkan hatrik.

Derita Sarawak terus menjadi parah apabila Ijezie terus mengganas di Selayang apabila menjaringkan gol ke-5 peribadi untuk mengesahkan tiga mata pertama buat UKM FC, sekaligus menghantar Sarawak pulang hampa.

Satu lagi perlawanan Kumpulan A pada malam ini membabitkan pertemuan Negeri Sembilan dan Terengganu FC II.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN