Piala Asia: Son Heung-Min Tiba Di Dubai Untuk Bantu Cabaran Taeguk Warriors

Penyerang sensasi Korea Selatan, Son Heung-Min akhirnya tiba di Dubai untuk menyertai pasukan negaranya, Korea Selatan di Piala Asia UAE 2019.

Pemain berusia 26 tahun itu terlepas dua aksi peringkat kumpulan untuk Korea Selatan, selepas hanya menyertai cabaran negaranya di UAE selepas selesai tugasan bersama Tottenham Hotspur- yang merupakan kelab dan majikan Son.

Bagaimanapun Son gagal membantu Spurs untuk mendapatkan sebarang mata dalam pertemuan terakhir menentang Manchester United pada awal pagi Isnin lalu – sebelum terbang terus ke Dubai.

Perjanjian bersama

Ketibaan Son hanya selepas perlawanan menentang Manchester United sebenarnya adalah perjanjian yang diatur oleh Persatuan Bola Sepak Korea Selatan dan juga Tottenham Hotspur.

Pemain itu berkemungkinan besar tidak akan diturunkan dalam perlawanan terakhir menentang China esok – setelah terdapat laporan menyatakan perjanjian tersebut turut menghadkan Son hanya akan beraksi bermula dari saingan peringkat kalah mati pertandingan.

(Photo by Mark Leech/Offside/Getty Images)

Pemain Terbaik Tahunan Asia untuk tahun 2015 dan 2017 itu sebelum ini adalah kapten Korea Selatan di Piala Dunia pada musim panas lalu.

Beliau turut beraksi bersama pasukan negaranya di Sukan Asia Indonesia pada tahun lalu – sekaligus menyebabkan pemain tersebut terlepas beberapa aksi bersama Spurs di awal kempen musim ini.

Sebagai balasan, Korea Selatan turut pernah tidak memanggil khidmat pemain sensasi itu untuk pusingan kelayakkan Piala Asia yang berlangsung pada tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

Korea Republic ?? star @hm_son7 arrives in the UAE for the #AsianCup2019!

A post shared by #AsianCup2019 (@afcasiancup) on

Tiada perubahan taktikal

Jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento berkata beliau tidak akan mengubah taktikal pasukan hanya kerana Son telah menyertai pasukan tersebut.

Mengakui beliau perlu berhati-hati sebelum menggunakan Son terus ke dalam pasukan kerana enggan pemain itu keletihan atau mengalami kecederaan, Paulo Bento berkata beliau akan mengkaji keperluan pasukan sebelum memutuskan untuk mengerah khidmat pemain tersebut.

(Photo by Allsport Co./Getty Images)

“Selepas beliau [Son Heung-Min] tiba, saya perlu melihat kembali keperlian pasukan ini untuk menentang China. Kami akan berbincang terlebih dahulu, dan akan mengambil langkah terbaik untuk kepentingan pasukan,” ujar Bento.

“Saya perlu melihat bagaimana keadaan beliau selepas aksi [bersama kelab] pada Ahad lalu, selain menyemak perkara [perlawanan] yang beliau terlibat untuk beberapa bulan sebelum ini. Ini kerana beliau telah beraksi dalam banyak perlawanan.”

Tanpa khidmat Son, Korea Selatan sebelum ini mencatat kemenangan 1-0 ke atas Filipina, diikuti Republik Kyrgyz. Kali terakhir Korea Selatan bergelar juara Piala Asia adalah pada tahun 1960.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN