Piala AIRMARINE Medan Untuk Perbaiki Kedudukan Ranking Harimau Malaya

Semalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memperkenalkan kejohanan 4 penjuru yang dinamakan sebagai Piala AIRMARINE 2019. Kejohanan ini dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 dan 23 Mac 2019.

Kejohanan edisi sulung ini menampilkan Malaysia selaku tuan rumah, Singapura, Oman dan juga Solomon Islands yang akan berentap pada kejohanan yang diadakan pada kalendar perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Sejajar dengan pelan hala tuju pembangunan bolasepak selama 12 tahun atau dikenali sebagai F:30 yang diperkenalkan oleh FAM, Piala AIRMARINE 2019 akan menjadi titik permulaan untuk pelan jangka masa panjang bolasepak negara bagi membawa skuad kebangsaan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi, menganggap Piala Airmarine sebagai medan terbaik untuk Malaysia perbaiki kedudukan ranking FIFA bagi mengelak daripada beraksi dalam saingan play-off kelayakan Piala Dunia nanti.

Syarat untuk tidak beraksi dalam aksi play-off, Malaysia perlu berada dalam kelompok ranking ke-34 terbaik Asia. Ketika ini, Malaysia berada di tangga ke-35 Asia.

“Kami mahu dalam saingan kelayakan nanti, Malaysia berada dalam kelompok 34 terbaik Asia bagi mengelak saingan play-off,” katanya.

FOTO: FAM

“Ini merupakan penganjuran pertama bagi saingan ini. Kami akan meneliti selepas ia selesai dijalankan bagi melihat kebarangkalian ia akan dianjurkan pada tahun berikutnya,” kata Ketua Pegawai Proevents, Julian Kam.

Pemain skuad B-23 tidak akan terlibat

Sementara itu, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, turut menegaskan pemain daripada skuad bawah 23 tahun negara (B-23) tidak akan terpilih menyertai skuad senior untuk memberi laluan kepada persiapan menghadapi kelayakan AFC B-23 dari 22 hingga 26 Mac ini di Kuala Lumpur.

Katanya, keputusan untuk tidak melibatkan pemain B-23 negara itu telah dipersetujui selepas berbincang dengan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, dan Kim Swee.

“Ia juga atas permintaan Kim Swee dan kami telah memaklumkan perkara ini kepada Cheng Hoe supaya memilih pemain yang lain,” katanya seperti dipetik dalam Stadium Astro

Skuad Malaysia B-23. Foto: Facebook FAM.

Skuad B-23 Malaysia dijangka akan dibarisi oleh bintang muda negara seperti Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid dan Syahmi Safari yang membantu skuad Harimau Malaya muncul sebagai naib juara Piala AFF 2018.

“Empat pemain ini berkemampuan untuk membantu skuad kendalian Kim Swee bagi saingan B-23.

“Dalam masa sama, kami mahukan kemenangan buat skuad kebangsaan bagi meningkatkan ranking skuad negara. Tetapi persetujuan telah dicapai bagi membantu skuad B-23 negara,” jelas ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Kelayakan Kejohanan AFC B-23 2020 menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah bagi saingan Kumpulan J yang turut dibarisi China, Laos dan Filipina.

Juara setiap kumpulan dan empat naib juara terbaik setiap kumpulan akan layak secara automatik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN