Bagaimana Tingkap Ajaib Ini Berfungsi Membantu Park Hang Seo Dalam Persiapan Pasukan

Tidak banyak yang kita ketahui mengenai Park Hang-Seo sebelum beliau mulai mengambil alih pasukan Vietnam.

Namun pada hari ini, nama Park Hang-Seo bukan sahaja diagung-agungkan oleh penyokong skuad Naga Emas. Malah usaha beliau mengubah wajah bola sepak Vietnam turut mulai mendapat perhatian negara luar.

Wira bola sepak Vietnam

Seperti kebanyakkan negara-negara di Asia Tenggara, Vietnam juga merupakan salah sebuah negara dimana rakyatnya amat gilakan sukan bola sepak.

Bertahun-tahun lama, bola sepak Vietnam sebenarnya ditenggelami oleh pelbagai isu. Antaranya kelab bola sepak hilang tumbuh silih berganti akibat masalah kewangan, struktur bola sepak tanpa hala tuju, campur tangan politik, dan juga gejala rasuah yang pada satu masa dulu hampir melumpuhkan terus bola sepak di negara tersebut.

Di sebalik segala permasalahan, bola sepak Vietnam tidak pernah luput. Vietnam secara perlahan-lahan membina bola sepak mereka kembali sejak lebih sedekad yang lalu. Mereka mungkin tidak mempunyai struktur bola sepak yang jelas sebelum ini, namun segalanya berubah selepas ketibaan Park Sang-Heo.

Park Sang-Heo

Sebelum bergelar jurulatih, Park Sang-Heo juga pernah bergelar pemain. Merupakan seorang pemain tengah, Park pernah beraksi untuk beberapa kelab di Korea Selatan seperti Korea First Bank FC, Army FC dan  juga Lucky Gold Star.

Juga merupakan pemain skuad kebangsaan Korea Selatan sejak di peringkat usia, jurulatih berusia 59 tahun ini juga pernah membimbing pasukan Bawah 23 Korea Selatan pada 2002.

Sudah tentu kebolehan Park mulai mencuri tumpuan rakyat Malaysia pada Januari lalu – apabila berjaya membawa Vietnam melangkah ke perlawanan akhir Piala AFC B-23 yang berlangsung di China. Pasukan Malaysia sendiri turut melakar kejutan apabila turut mara ke suku akhir dalam kejohanan tersebut.

Taktik licik Park Hang-Seo

Kita semua tahu bagaimana taktikal Park Hang-Seo yang berasaskan permainan berasakan pertahanan menjadi begitu berkesan terhadap corak permainan Vietnam.

Sebelum perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur tempoh hari, skuad bimbingan Park hanya dibolosi dua kali sepanjang kejohanan. Dalam perlawanan di Kuala Lumpur tempoh hari, mujurlah anak buah Tan Cheng Hoe berjaya mengambil kesempatan dari gerakan set pieces yang diperolehi untuk menyamakan kedudukan.

Perlawanan di Hanoi nanti pasti akan menjadi sukar. Selain daripada taktikal bertahan, tahukah anda Park Hang-Seo turut memiliki taktik licik lain?

Melalui satu video dalam satu rancangan (dipercayai rancangan TV Korea Selatan), Park pernah berkongsi mengenai kehidupan beliau di Vietnam. Diberikan sebuah rumah penginapan yang selesa, segalanya tampak sempurna buat jurulatih ini.

Tetapi tahukah anda, kediaman tersebut turut mempunyai sebuah bilik khas yang membenarkan Park menganalisis taktikal pasukan lawan ketika lawan melakukan latihan?

Kami percaya tidak ramai pasukan yang mengetahui mengenai perkara ini termasuklah dari kem Malaysia. Di setiap perlawanan yang akan diadakan di Hanoi, semua pasukan lawan akan diberikan padang khas untuk mengadakan latihan.

Kebetulan atau tidak, padang latihan tersebut berada bersebelahan dengan kediaman Park. Kedudukan padang dan kediaman beliau, memberikan kelabihan kepada Park untuk menganalisis taktikal lawan sebelum perlawanan.

Saksikan sedutan video daripada rancangan yang kami maksudkan melalui pautan di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN