Piala AFF 2020: Thailand Jadi Pilihan Tan Cheng Hoe

Piala AFF 2020

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memilih untuk bersama-sama dengan Thailand di dalam peringkat kumpulan Piala AFF 2020.

Menurut Cheng Hoe, adalah lebih baik untuk Malaysia sekumpulan dengan Thailand berbanding satu lagi gergasi bola sepak Asia Tenggara iaitu Vietnam.

Hal ini disebabkan, rekod pertemuan antara Harimau Malaya dengan skuad Naga Emas itu kebelakangan ini bukanlah dalam keadaan yang baik.

“Saya perlu tumpukan tumpuan saya kepada pasukan sendiri terlebih dahulu.”

“Malaysia sudah jumpa Vietnam banyak kali dan kemenangan tidak berjaya dicapai sambil perlu waspada dengan skuad seperti Thailand,” kata Cheng Hoe menerusi Stadium Astro.

Siapa Malaysia bakal bertemu?

Menjelang aksi undian Piala AFF 2020 sebentar lagi jam 3 petang, Malaysia diletakkan dalam balang dua bersama-sama Myanmar.

Pasukan kebangsaan akan bertemu dengan salah satu daripada Thailand atau Vietnam yang diletakkan dalam balang satu.

Potensi untuk Pertembungan Nusantara berlaku itu tinggi apabila musuh tradisi Malaysia, Indonesia diletakkan bersama-sama Filipina dalam balang tiga.

Bagi mantan juara Piala AFF 2012, Singapura pula mereka bersama-sama Kemboja dalam balang empat.

Baki tiga lagi pasukan iaitu Laos dan pemenang aksi kelayakan antara Brunei dengan Timor Leste berada pada balang lima.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply