Piala AFF 2018: Safawi Rasid Janji Skuad Negara Akan Beri Segalanya Malam Ini

Kerjasama Semuanya BOLA

Safawi

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini dunia bola sepak

Debaran aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 semakin dirasakan apabila skuad negara akan berkunjung ke kubu kuat Thailand di Stadium Rajamalanga jam 8.00 malam (waktu Malaysia) ini.

Selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan pertama di Kuala Lumpur, pemburuan tiket ke final jelas sangat mendebarkan.

Besar harapan peminat Harimau Malaya untuk melihat skuad negara yang dibimbing Tan Cheng Ho bagi melayakkan diri ke peringkat akhir selepas kali terakhir melakukannya pada 2014.

Pemain sayap negara, Safawi Rasid menjelaskan bahawa beliau dan rakan sepasukannya akan memberikan segalanya pada aksi malam ini bagi merealisasikan impian tersebut.

Secara peribadi, Safawi sudah pasti mahu menebus beberapa kesilapan yang dilakukannya di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari.

”Pada perlawanan pertama, kami mempunyai banyak peluang tetapi saya dan rakan sepasukan tidak berjaya menjaringkan gol.”

”Untuk perlawanan kedua ini, pasukan telah fokus dari segi mental dan fizikal. Sudah tentu, sekiranya kami tewas (perlawanan ini), kami tidak akan berjaya ke perlawanan akhir, jadi kami perlu untuk memberikan segalanya.”

Ketika bercakap kepada laman web rasmi Piala AFF Suzuki 2018, Safawi turut mengimpikan untuk menggembirakan para penyokong skuad kebangsaan pada malam ini dan turut mengulas mengenai mimpi buruk yang dilaungkan penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom.

”Ia akan menjadi sesuatu yang menghiburkan dan semua penyokong akan gembira, menang atau kalah tetapi kami akan memberikan komitmen 100%. Begitu juga saya terutamanya buat penyokong Malaysia, jadi mereka akan tidur dengan nyenyak.”

Kredit foto: AFF Suzuki Cup 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply