Piala AFC 2018: Kelab Singapura, Indonesia Dan Vietnam Tunggu JDT

Majlis undian bagi kejohanan Piala AFC 2018 baru sahaja dilangsungkan sebentar tadi di AFC House, Bukit Jalil. 13 pasukan dari 8 negara asean telah layak beraksi dalam  kejohanan Piala AFC 2018.

Daripada 13 pasukan itu, 2 wakil dari Filipina akan ditentukan selepas semua perlawanan liga domestik di negara itu tamat.

2 wakil dari Kemboja dan Laos akan beraksi dalam peringkat play-off untuk menentukan pasukan mana yang akan layak ke peringkat kumpulan AFC Cup 2018.

Keputusan rasmi undian Piala AFC 2018. (Gambar : AFC)

Antara pasukan dari negara Asean yang telah layak beraksi di peringkat kumpulan Piala AFC ialah FLC Thanh Hoa (Vietnam), Song Lam Nghe An (Vietnam), Johor Darul Ta’zim (Malaysia), Bali United (Indonesia), Persija Jakarta (Indonesia), Shan United (Myanmar), Yangon United (Myanmar), Tampines Rovers (Singapura), Home United (Singapura), Juara Liga PFL (Filipina) dan Naib juara PFL Final Series (Filipina).

2 pasukan dari Asean yang beraksi di peringkat perlawanan play-off ialah, Lao Toyota (Laos) dan Boeung Ket Angkor (Kemboja).

Wakil dari Malaysia, JDT dan Selangor diundi dalam kumpulan H bersama kelab dari Singapura (Tampines Rovers), Indonesia (Persija Jakarta) dan Vietnam (Song Lam Nghe An FC).

Selangor akan menggantikan JDT sekiranya JDT layak ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2018 secara merit.

Perlawanan pertama kumpulan H akan berlangsung pada 14 Februari 2018.

JDT akan bertandang ke Stadium SCG bertemu dengan naib juara Liga Perdana Thailand 2017, Muangthong United pada 23 Januari 2018 untuk saingan kelayakan kedua AFC Champions League 2018.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menetapkan pusingan kelayakan dan play-off AFC Champions League akan diadakan pada 16 Januari 2018 (kelayakan 1 ), 23 Januari 2018 (kelayakan 2) dan play-off pada 30 Januari 2018.

Ada 3 peringkat kelayakan iaitu kelayakan pertama, kelayakan kedua dan play-off untuk menentukan tempat di peringkat kumpulan dalam saingan AFC Champions League 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN