Phil Jones: England Cukup Yakin Untuk Bertemu Mana-Mana Pasukan Di Piala Dunia

Jones

Cabaran sebenar buat England hadir pada perlawanan terakhir saingan Kumpulan G apabila akan bertemu Belgium pada awal pagi Jumaat nanti.

Pertembungan menarik itu bakal menentukan pasukan yang yang lebih unggul untuk berada di tangga teratas kumpulan.

Bagi pemain pertahanan, Phil Jones, beliau optimis dengan keupayaan England.

Pertahanan yang beraksi bersama Manchester United itu menyifatkan skuad Three Lions berada dalam keadaan yang cukup yakin bagi menghadapi mana-mana pasukan pada saingan kali ini.

”Kami yakin bahawa kami mampu untuk menewaskan mana-mana pasukan dan kami akan melakukan persiapan dengan rapi.”

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JUNE 25: Trent Alexander-Arnold and Phil Jones take part in an England training session on June 25, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Alex Morton/Getty Images)

Dalam pada itu, Jones turut berpendapat Gareth Southgate tidak akan menghabiskan masa bagi merancang laluan yang lebih mudah untuk ke perlawanan akhir.

”Kami tidak berfikir sedemikian. Ia adalah berkaitan apa yang kami mahu lakukan dan bagaimana pendekatan kami di setiap perlawanan.”

”Saya tidak merasakan terdapat sebarang fokus mengenai pasukan yang akan kami temui di saingan kalah mati.”

Phil Jones masih belum mendapat peluang untuk diturunkan oleh Gareth Southgate selepas dua perlawanan dan beliau masih mengharapkan peluang diberikan buatnya.

”Ia berkaitan mengambil peluang. Jika saya mendapat peluang dan diharapkan saya dapat melakukannya, kemudian saya akan memberikan yang terbaik¬† dan diharap dapat mengakibatkan pengurus pening kepala untuk membuat pilihan.”

 

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply