Phil Foden Pula Langgar Penjarakan Sosial, Kantoi Main Bola Tepi Pantai

Phil Foden

Pemain tengah Manchester City, Phil Foden menjadi pemain Liga Perdana Inggeris yang terbaru didapati melanggar garis panduan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh kerajaan United Kingdom (UK) selepas gambarnya bermain bola sepak di tepi pantai di Marseyside tersebar di media sosial.

Media UK melaporkan pemain berusia 20 tahun itu bermain bola sepak dan mengambil gambar dengan orang awam dan Manchester City dikatakan telah bercakap dengan pemain tersebut untuk mengingatkannya tentang tanggungjawab dalam mengikut peraturan kerajaan dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

Malah sebagai seorang pemain yang mempunyai pengaruh besar, Foden sewajarnya menjadi contoh yang baik buat penyokong dan bukan sebaliknya.

Pada April, pemain Manchester City, Kyle Walker dan penyerang Everton, Moise Kean telah diberi amaran oleh pihak kelab masing-masing selepas didapati melanggar peraturan perintah berkurung dengan mengadakan parti di rumahnya.

Begitu juga dengan pemain muda Wolverhampton Wanderers, Morgans Gibbs-White yang melanggar peraturan yang sama pada bulan lepas dengan menghadiri parti di London.

Kini timbul perdebatan dalam kalangan netizen di England mengapa pemain-pemain bola sepak yang jelas melanggar peraturan tidak diambil tindakan undang-undang.

Semua pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) telah dibenarkan untuk kembali menjalani latihan dengan prosedur yang lebih longgar di mana pemain boleh menjalani disiplin latihan yang melibatkan sentuhan. Saingan EPL akan bersambung bermula 17 Jun ini selepas 3 bulan tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Dalam pemeriksaan dan saringan yang dijalankan buat kali keempat kepada semua 1,130 pemain dan staf kelab pada minggu lepas mendapati tiada lagi individu yang positif.

Kredit Foto: City_Chief

Baca juga artikel kami yang lain mengenai EPL:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply