Phil Foden: Manchester City Mampu Tumbangkan United, Kekalkan Momentum Pertahan Mahkota EPL

Perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/19 semakin menghampiri penghujung dengan persaingan Liverpool dan Manchester City semakin hangat untuk disaksikan.

Liverpool sedang mendahului carta liga dengan kelebihan dua mata tetapi Manchester City kekurangan satu perlawanan dan akan bertemu musuh setempat, Manchester United pada Khamis ini.

Wira City pada pertemuan menentang Tottenham Hotspur, Phil Foden yakin bahawa The Cityzens mampu untuk menumpaskan Manchester United sekaligus mengekalkan momentum bagi mempertahankan kejuaraan EPL.

”Saya gembira dapat membantu pasukan dan mendapatkan kemenangan.”

”Ia mungkin menjadi (matlamat besar), kami masih mempunyai baki empat perlawanan sukar dan perlu untuk memenangi kesemuanya. Kami perlu meneruskannya.”

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 20: Phil Foden of Manchester City battles for possession with Christian Eriksen of Tottenham Hotspur during the Premier League match between Manchester City and Tottenham Hotspur at Etihad Stadium on April 20, 2019 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

”Kami tidak melihat Liverpool akan keciciran mata, kami perlu untuk memenangi kesemua baki perlawanan.”

Foden turut melaungkan keyakinan menjelang pertemuan menentang Manchester United pada pertengahan minggu ini walaupun mengakui aksi sukar bakal dihadapi.

”Ia merupakan perlawanan yang sangat sukar, untuk pergi ke United dan beraksi dengan baik.”

”Tetapi saya tahu kami mampu melakukannya. Sekiranya kami berjaya memenangi perlawanan ini, kami akan semakin menghampiri (kejuaraan). Jadi, mari kita saksikan apa yang akan berlaku dan saya yakin.”

Selain daripada United, Manchester City perlu menghadapi Burnley, Brighton & Hove Albion dan Leicester City manakala Liverpool pula akan berdepan Huddersfield Town, Newcastle United dan Wolverhamtpon Wanderers.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN