PGMOL Sudah Sedia Guna VAR Di England, Ini Cara Ia Dilaksanakan

PGMOL adalah satu badan pengadilan tertinggi di England. Mereka sudah bersedia untuk menguji teknologi VAR. Tetapi mereka mahu memastikan VAR digunakan tanpa ada gangguan yang terlalu banyak dan terlalu lama dalam perlawanan.

Itu adalah cabaran yang mereka mahu jadikan sebagai KPI di dalam penggunaan VAR. Buat masa ini, EPL masih belum menggunakan VAR dan liga seperti Bundesliga dan Serie A sudah melakukannya.

Kenapa VAR?

PGMOL melihat lebih banyak kebaikan dalam penggunaan VAR. Ia mampu meningkatkan ketepatan keputusan pengadil daripada 96% kepada 98%.

Ketua Pengarah PGMOL, Mike Riley memberitahu mereka sudah bersedia untuk memperkenalkannya kepada England.

Sistem ini sudah pun digunakan pertama kali dalam perlawanan Piala FA pada Isnin melibatkan Brighton dan Crystal Palace.

Perlawanan itu, Roy Hodgson berpuas hati dengan gol kemenangan ‘bersih’ Glenn Murray selepas tinjaun VAR mendapati pemain itu tidak menyentuh bola menggunakan tangan seperti didakwa pemain-pemain Crystal Palace.

Pengadil berhubung dengan bilik gerakan VAR untuk mengesahkan gol tersebut.

Penggunaan kedua VAR adalah dalam separuh akhir Piala Carabao di antara Chelsea dan Arsenal dalam 2 perlawanan timbal balik.

Namun untuk perlawanan Bristol City dan Manchester City, VAR tidak akan digunakan. Ia akan digunakan sekali lagi pada final kejohanan Piala di England akhir musim ini.

Kelemahan

VAR telah menjadi teknologi yang dikatakan mengganggu kelancaran permainan. Bintang Bayern Munich, Arturo Vidal mengakui VAR boleh mengganggu mental pemain secara teruk dan ia mengambil masa yang lama.

Fernando Torres sebelum ini mengakui, VAR satu keperluan tetapi ia perlu dilaksanakan dengan lebih cekap. Jika tidak, ia akan mengganggu kerancakan perlawanan dengan satu keputusan VAR mengambil masa sehingga 3 minit.

Itulah antara isu yang digariksn oleh PGMOL. Bagaimana mereka mahu memastikan VAR di England dapat digunakan dengan gangguan paling minimum kepada perlawanan.

VAR dan bola sepak England

Mike Riley menegaskan VAR adalah sistem yang cekap tetapi bukan sempurna. Ada beberapa contoh VAR masih gagal membantu pengadil membuat keputusan sebaiknya.

VAR juga satu pilihan untuk meningkatkan kecekapan pengadil di England. Buat masa ini, pengadil di England berada pada tahap 96% keputusan tepat. VAR dijangka akan menambahkannya sehingga 98%.

“Jadi, jika sebelum ini, 4% keputusan pengadil adalah salah, dengan VAR, kami akan mampu memperbaikinya 2% dan menjadikannya kepada 2% sahaja kesilapan pengadil.”

Insiden utama yang menjadi fokus dalam VAR adalah penalti, sama ada ia penalti yang betul ataupun tidak, pemain melakukan simulasi dan sebagainya.

Semalam, Mike Dean mengakui keputusan memberikan penalti kepada West Brom ketika Arsenal adalah salah. Keputusan yang membuatkan Wenger digantung 3 perlawanan kerana mengkritik mutu pengadilan.

Namun begitu, Mike Riley mahu semua pihak faham akan maksud VAR. Ianya adalah video pembantu pengadil.

Jadi tugasnya adalah membantu pengadil dan keputusan akhir masih di tangan pengadil berdasarkan pertimbangan mereka.

Berikut adalah antara 4 insiden yang boleh dijadikan keutamaan untuk rujukan VAR.

1.Gol itu sah atau tidak
2.Keputusan memberikan penalti
3.Kad merah terus (direct) ataupun kad kuning kedua?
4.Identiti pemain, takut peristiwa Oxlade-Chamberlain dan Kieran Gibbs pada 2014 berulang.

Jadi, untuk kes lain, pengadil tidak perlu merujuk VAR. Misalnya gol dari jarak jauh, perebutan 50-50. Itu masih lagi di tangan pengadil.

Oleh itu, Mike Riley berharap setiap kelab faham akan penggunaan VAR ini. Mereka tidak boleh sewenang-wenang meminta setiap perkara yang mereka tak puas hati di padang untuk dianalisis oleh VAR.

Satu taklimat akan diadakan untuk semua pegawai pasukan. Mereka juga akan belajar daripada MLS yang berjaya membuat keputusan dengan VAR dengan cepat sekali.

Untuk situasi yang melibatkan pengadil dalam pertimbangan untuk membuang pemain dari padang, mereka boleh merujuk kepada VAR.

Selepas ini, VAR juga akan membantu dalam mengesan pemain yang sengaja melakukan simulasi dalam usaha mendapatkan penalti.

Bagaimana ia dilaksanakan

Di Amex Arena, sebanyak 15 kamera dipasang. Itu jumlah maksimum. Biasanya 12 kamera sudah boleh untuk operasi VAR yang standard.

Satu konti khas bertempat di bilik operasi di Stockley Park, Uxbridge. Semua perlawanan akan ditinjau oleh VAR dari tempat ini.

Terima kasih kepada kemajuan teknologi hari ini yang mempercepatkan kadar video diterima dan laporan dihantar kepada pengadil.

Setiap keputusan VAR adalah sekitar 30-40 saat. Itu angka yang paling baik untuk mengelakkan gangguan kepada permainan.

Untuk memastikan rentak perlawanan tidak diganggu, VAR hanya akan direviu oleh pengadil ketika bola keluar. Namun begitu, dalam situasi tertentu, pengadil boleh menghentikan perlawanan untuk melihat laporan VAR.

Pengadil boleh mendapatkan pandangan daripada pegawai VAR tanpa perlu melihat video. Ataupun mereka pergi melihat sendiri video itu di tepi padang, ada satu skrin dibekalkan.

Pemain dan pegawai pasukan dilarang untuk mengganggu tugasan pengadil ketika berada di zon untuk melihat skrin ini. Mereka boleh dikenakan kad kuning jika ingkar.

Pengadil akan meniup wisel dan memberikan isyarat segi empat jika mereka mahukan bantuan VAR. Seperti yang dinyatakan di atas, pengadil adalah orang yang akan menentukan keputusan muktamad bukannya VAR.

Untuk situasi ofsaid, pengadil hanya akan melihat VAR bagi situasi yang melibatkan gol, sama ada ia gol ofsaid ataupun gol yang dibatalkan kerana ofsaid itu sebenarnya ‘onside’.

Mike Riley tetap percaya, ada VAR atau tidak, mutu pengadilan akan sentiasa menjadi subjek panas dan pertikaian apabila ada insiden dikatakan tidak memihak kepada sesuatu pihak.

Beliau tahu, mustahil untuk menjadikan bola sepak permainan yang 100% adil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN