PFAM: Keputusan Kerajaan Jadi Tonik Berguna Buat Komuniti Bola Sepak

PFAM

Barisan kepimpinan Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih buat kerajaan Malaysia apabila membenarkan aktiviti latihan bola sepak dimulakan bermula 15 Jun ini.

Badan yang bertindak menjaga kebajikan para pemain bola sepak profesional tanah air tersebut melihat perkembangan terkini yang diumumkan itu merupakan tonik besar buat seluruh komuniti bola sepak di Malaysia.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, PFAM mengakui bahawa kesinambungan Liga Malaysia adalah perlu bagi memastikan setiap pasukan boleh meneruskan saingan dan sekaligus dapat terus memitigasikan kerugian komersial yang telah ditanggung sepanjang penangguhan ini.

”Hal yang sama turut dirasai oleh para pemain, yang rata-rata telah menerima potongan gaji sepertimana yang disarankan sehingga liga kembali bersambung, sebagai sebuah menifestasi kebersamaan demi survivaliti industri bolasepak tanah air.”

”Sudah semestinya, sebagai rakyat Malaysia, kita masih berada di dalam ‘kerisauan’ dan ‘ketakutan’ memandangkan kita masih belum memenangi ‘Perang Pandemik’ ini secara mutlak.”

”Namun begitu, PFAM percaya usaha keras yang digerakdayakan oleh FAM dan MFL dalam merangka Prosedur Operasi Standard (S.O.P), akan senantiasa memastikan kesemua pemegang taruh bolasepak, terutamanya para pemain dan pegawai pasukan, dalam keadaan yang selamat dan terhindar dari segala ancaman jangkitan.”

”Melihat kepada contoh liga negara luar seperti di Jerman, England, Itali dan Sepanyol – yang mana jumlah kes Covid-19 jauh lebih tinggi daripada Malaysia – yang telah memulakan semula perjalanan liga mereka, PFAM amat percaya, menerusi perkongsian kepakaran secara bersama oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), perjalanan Liga Malaysia dapat dilaksanakan dengan selamat.”

”Mewakili suara pemain, kami bersedia untuk kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan dengan mematuhi segala S.O.P yang ditetapkan dan seterusnya meneruskan obligasi kontrak seperti yang dipersetujui.”

”Bersama kenyataan ini juga, PFAM turut berharap agar persediaan pasukan Kebangsaan bagi menempuh pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dapat dibuat serapi mampu demi memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia.”

”Benar, perang masih belum berakhir, tetapi kehidupan tidak boleh berhenti. Kami bersedia dengan Kelaziman Baharu ini,” ujar kenyataan PFAM yang diwakili kepimpinan tertinggi mereka.

Kredit featured image: PFA Malaysia 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN