PFA: Pukki Gondol Anugerah Terbaik Bulan Ogos

Bintang Norwich City, Teemu Pukki berjaya memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFA – untuk Ogos.

Teemu Pukki berjaya menewaskan 5 lagi calon lain iaitu, Kevin De Bruyne, Raheem Sterling, Ashley Barnes, Mason Mount, dan Tyrone Mings.

Berita kemenangan Pukki ini, disambut dengan girang oleh peminat Norwich City. Mereka berkongsi kegembiraan melihat Pukki yang berjaya memulakan kempen musim ini dengan sangat baik.

Aksi cemerlang Teemu Pukki yang menamatkan saingan bulan Ogos sebagai pendahulu senarai penjaring gol EPL telah membolehkan beliau menerima anugerah itu.

Ketajaman Pukki di hadapan gol, menyaksikan beliau berjaya menjaringkan 5 gol daripada 4 perlawanan untuk pasukan baru naik divisyen, Norwich.

Pukki membuka akaun gol beliau musim ini ketika aksi di Anfield berhadapan dengan Liverpool.

1 hatrik dicatatkan ketika menentang Newcastle. Beliau turut melakukan 1 assist ketika berhadapan dengan Chelsea, perlawanan yang beliau turut menjaringkan 1 gol.

Teemu Pukki terus menjadi watak penting Norwich dalam musim pertama kepulangan semula mereka ke EPL. Musim lalu, beliau adalah Pemain Terbaik Championship, serta pemenang Kasut Emas Liga Championship.

Pengurus beliau, Daniel Farke tidak terkejut dengan prestasi Pukki. Malah Farke sentiasa percayakan kemampuan Pukki walaupun bersaing dengan pemain-pemain elit di EPL.

Adakah Pukki akan dapat mengekalkan kecemerlangan beliau untuk sepanjang musim ini?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply