PFA Patuhi Tarikh Akhir Rayuan, Serahkan Dokumen Sokongan Kepada MFL

PFA

Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) hari ini tampil mengemukakan dokumen-dokumen sokongan kepada Malaysian Football League (MFL) pada tarikh akhir proses rayuan untuk kembali bermain di Liga Premier musim 2019.

Delegasi PFA yang diketuai Timbalan Presidennya, Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan tiba di ibu pejabat MFL pada jam 2.30 petang dengan menyerahkan dokumen antaranya surat tajaan, kewangan serta perancangan rapi bagi musim 2019.

Jelas Abdul Karim, beliau berharap dokumen berkenaan dapat meyakinkan Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam membuat pertimbangan mengenai rayuan wakil Singa Utara sama ada boleh kembali bermain di Liga Premier atau sebaliknya.

“Syukur Alhamdulilah pada hari ini kita telah dapat tunaikan janji kita kepada pihak MFL sebagaimana yang diberikan tempoh untuk kita serahkan dokumen-dokumen berkaitan dengan tempoh rayuan.

“Sebenarnya hari ini kita bertemu pihak MFL untuk serahkan dokumen berkenaan tajaan, kewangan dan perancangan kita berserta dengan dokumen surat sokongan untuk dibawa ke Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi pertimbangan rayuan kita bermain semula di Liga Premier musim 2019,” katanya.

Menerusi keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL pada 20 Februari lalu, penyertaan Perlis dalam aksi Liga Premier dibatalkan selepas mendapati skuad Singa Utara itu tidak memiliki kewangan kukuh untuk mengharungi musim ini selain berdepan masalah tunggakan gaji pemain.

Dan ketika ditanya mengenai tunggakan gaji pemain bagi musim 2018 dan 2019, Abdul Karim menyifatkan masalah itu akan diselesaikan oleh penaja baharu Perlis andai mereka dibenarkan kembali menyertai Liga Premier.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan Perlis akan menggunakan alternatif lain antara salah satunya menggunakan geran tahunan jika Ahli Lembaga Pengarah MFL mengekalkan keputusan untuk membatalkan penyertaan Perlis.

“Berdasarkan apa yang telah pun kita persetujui bersama penaja dan jika pihak MFL memberi kebenaran untuk kita terus bermain di Liga Premier 2019, Perlis bersama penaja baharu yakin semua tunggakan gaji pemain 2018 dan 2019 akan diselesaikan.

“Sekiranya MFL mengekalkan keputusan membatalkan penyertaan Perlis, kita akan berbincang balik dengan pihak MFL sebab kita terima maklumat baru-baru ini ada peluang untuk kita dapatkan semula geran tahunan daripada MFL dan tujuannya tidak lain tidak bukan iaitu adalah mahu menyelesaikan tunggakan gaji,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Karim menafikan dakwaan yang dibuat tujuh pemain Perlis musim 2018 yang mengaitkannya skandal menyeleweng wang para pemain dengan menegaskan bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membuktikan integriti beliau.

“Berkenaan laporan polis daripada tujuh pemain 2018, jadi sebenarnya saya menumpukan kepada proses rayuan terlebih dahulu sebab semalam pun saya hanya lihat atau mendapat makluman daripada media.

“Selepas ini saya akan membuat laporan polis untuk menafikan tentang apa yang dituduh kepada saya sebab bagi saya laporan itu tidak berasas dan kita di PFA sendiri ada bukti-bukti berkenaan kewangan melalui bendahari. Saya serahkan kepada pihak berkenaan bagi buat siasatan bagi memastikan benar dan saya akan kumpul bukti-bukti yang diperlukan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd mengesahkan PFA telah segala mengemukakan dokumen dan proses selanjutnya menyerahkan butiran itu kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan berhubung status Perlis yang telah dibatalkan penyertaan bermain Liga Premier 2019 pada 20 Februari lalu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN