Petr Cech Akui Begitu Kecewa Kerana Gagal Bantu Arsenal Akhiri EPL Empat Teratas

Penjaga gol Arsenal – Petr Cech memohon maaf kepada seluruh penyokong pasukan itu kerana tidak dapat membantu The Gunners menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kelompok empat pasukan terbaik.

Cech mengakui turut terkilan kerana tidak dapat memberi banyak sumbangan kepada pasukan bagi merealisasikan impian kelab London itu untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara musim hadapan.

Pemohonan maaf itu diungkapkan oleh Cech sewaktu majlis penghormatan terakhir yang diadakan di Emirates selepas perlawanan bertemu Brighton & Hove Albion, Ahad lalu.

Musim 2018/19 ini, penjaga gol berusia 36 tahun itu hanya berpeluang beraksi untuk 7 perlawanan EPL, memandangkan pengurus pasukan -Unai Emery lebih gemar memilih Bernd Leno sebagai penjaga gol utama pasukan.

LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 29: Arsenal goalkeeper Petr Cech shakes hands with Arsenal manager Unai Emery as he departs the pitch with an injury, being replaced by Bernd Leno during the Premier League match between Arsenal FC and Watford FC at Emirates Stadium on September 29, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Mark Leech/Offside/Getty Images)

Kecewa

Arsenal pada awalnya berpeluang merapatkan jurang kepada satu mata di belakang Tottenham Hotspurs yang berada ditempat keempat selepas kelab itu tewas keatas A.F.C. Bournemouth, sementara Manchester United pula seri di Huddersfield.

Bagaimanapun, Arsenal gagal memanfaatkan peluang terbebut apabila sekadar seri 1-1 dengan Brighton & Hove Albion.

Cech yang tidak beraksi pada perlawanan berkenaan mengakui kecewa diatas kegagalan tersebut sepertimana yang diharapkan oleh peminat.

LONDON, ENGLAND – MAY 05: Petr Cech of Arsenal warms up ahead of the Premier League match between Arsenal FC and Brighton & Hove Albion at Emirates Stadium on May 05, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

Beliau sebagai berkata, “Secara peribadi, saya mengharapkan kami [Arsenal] boleh memenangi perlawanan lawan Brighton dan mengakhiri musim ini dengan situasi yang baik.”

“Kami berjaya membawa pasukan diposisi yang sangat baik sehingga ke perlawanan akhir musim ini, demi untuk bermain di Liga Juara-Juara. Namun sayangnya, kami tidak mampu melakukan itu, sehingga perasaan saya mula bercampur baur.”

“Saya memohon maaf kepada semua diatas kegagalan itu.”

Ubati kekecewaan

Cech yang menyertai Arsenal pada tahun 2015 bagaimanapun masih percaya bahawa kelab itu mampu mengubati kekecewaan tersebut dengan memenangi kejuaraan Liga Europa.


Beliau berkata, ” Di satu sisi, saya amat sedih kerana perjalanan sayan di kelab ini akan berakhir.”

“Namun, kami masih memiliki waktu hampir tiga minggu sebelum layak ke perlawanan terakhir [Liga Europa]. Kami harus mempersiapkan pasukan dengan baik untuk Khamis ini [lawan Valencia] kerana perlawanan itu amat penting.”

Arsenal kini berada di landasan terbaik untuk memenangi kejuaraan Liga Europa musim ini selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Valencia dalam aksi separuh akhir pertama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN