Bekas Setiausaha Agung AFC, Datuk Peter Velappan Meninggal Dunia

Datuk Peter Velappan meninggal dunia pada sebelag pagi tadi. Mendiang bukannya nama asing dalam bola sepak Malaysia dan juga Asia.

Mendiang Peter Velappan meninggal dunia pada usia 83 tahun, meninggalkan balu dan 2 anak perempuan.

Peter Vellapan pernah menjadi setiausaha agung AFC dari 1978 sehinggalah tahun 2007. Selain itu, mendiang juga merupakan bekas penolong setiausaha FAM.

Ketika menjadi setiausaha Agung AFC, mendiang adalah orang yang berjaya membantu membawa Piala Dunia ke Jepun dan Korea Selatan pada 2002. Itu adalah edisi sulung Piala Dunia dianjurkan di benua Asia.

Walaupun tiada lagi jawatan dalam AFC, mendiang terlibat aktif dalam program Vision Asia. Satu program untuk mempromosi bola sepak akar umbi di seluruh Asia.

FAM dalam siaran media mereka mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

“Takziah.”

“Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin serta seluruh warga kerja FAM mengucapkan salam takziah buat keluarga Dato’ Peter Velappan, bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang telah meninggal dunia pada pagi tadi.”

“Mendiang turut pernah menjadi Penolong Setiausaha Agung FAM dari tahun 1963 hingga 1980 dan dilantik sebagai penolong pengurus skuad kebangsaan pada Sukan Olimpik 1972 di Munich.”

“Jasa dan pengorbanan mendiang dalam arena bola sepak tempatan dan antarabangsa sepanjang lebih 40 tahun pasti akan terus dikenang.”

Kami juga mewakili peminat bola sepak tanah air ingin menyampaikan salam takziah kepada ahli keluarga mendiang Datuk Peter Velappan.

Ianya adalah satu nama yang akan dikenang selamanya. Hilangnya sebutir permata dalam dunia bola sepak.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram