Peter Schmeichel: Fred Adalah Kisah Hebat Buat Man Utd Musim Ini

Peter Schmeichel

Legenda Manchester United, Peter Schmeichel mengakui pemain tengah, Fred sudah mula menunjukkan peningkatan prestasi selepas permulaan yang sedikit perlahan pada musim pertama bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Schmeichel merasakan pemain kelahiran Belo Horizonte, Brazil itu memainkan peranan cukup baik dalam membantu kebangkitan Manchester United yang mana The Red Devils tidak tewas pada 11 perlawanan terakhir sebelum wabak COVID-19 menyerang.

Sehubungan dengan itu, bapa kepada Kasper Schmeichel itu juga melabelkan Fred sebagai sebuah kisah hebat buat Manchester United pada musim ini.

”Fred, bagi saya, dia sememangnya memainkan peranan cukup penting dalam membantu kelab pada musim ini,” ujar Schmeichel menurut laporan Goal.

”Dia sentiasa sempurna untuk kelab ini tetapi dia pada ketika ini telah diberikan lebih minit perlawanan dan lebih banyak masa telah diberikan kepadanya, lebih menampakkan keyakinan diperolehinya dan bagi saya, dia merupakan salah sebuah kisah hebat pada musim ini di Manchester Untied.”

”Sudah tentu semuanya terletak di bahu Fred tetapi ia bergantung kepada Ole [Gunnar Solskjaer] untuk memberikannya keyakinan.”

”Saya menyukainya. Saya suka cara dia seperti pemain-pemain yang diperkenalkan di sana, tetapi sekarang dia berada di skuad utama dan bermain dengan bagus.”

”Dia juga membawa semua nilai ini. Pada ketika ini, para pemain amat mengenalinya. Jika anda tidak berkongsikan nilai anda, tiada tempat buat anda di sini.”

”Jadi, anda perlu hidup dengan nilai tersebut dan dia membawakan budayanya sendiri dan anda akan melihatnya dan ia sangat cemerlang,” tambah Schmeichel lagi.

Kredit featured image: Laurence Griffiths/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Peter Schmeichel:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply