Peter Bosz: Kai Havertz Tidak Terlalu Memikirkan Spekulasi Ke Chelsea

Kai Havertz

Pengurus Bayer Leverkusen, Peter Bosz melaungkan keyakinan bahawa kelab tersebut akan dapat mengekalkan pemain muda berbakat besar, Kai Havertz di BayArena meskipun Chelsea dikatakan cukup berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Chelsea dilihat sebagai pasukan yang begitu serius untuk memperkuatkan pasukan mereka bagi menghadapi saingan musim baharu selepas The Blues berjaya membawa masuk Hakim Ziyech dan Timo Werner.

Dengan kedua-dua pemain tersebut akan menyertai pasukan pada 1 Julai ini, Chelsea mengalihkan minat mereka terhadap Havertz dan juga pemain pertahanan Leicester City, Ben Chilwell.

Walaupun spekulasi semakin kuat kedengaran, Bosz tetap optimis tonggak tengah yang kini berusia 21 tahun itu akan terus bersama Leverkusen pada musim hadapan.

”Saya tidak merasakan dia akan terlalu memikirkan sangat mengenai perpindahan tersebut. Begitu juga kami. Saya tidak mempunyai tanda-tanda bahawa ini akan menjadi perlawanan terakhir buatnya bersama kelab ini.”

”Dia masih mempunyai kontrak bersama kami dan saya harus menganggap dia akan terus bersama kami pada musim hadapan.”

”Ia juga akan merangkumi perlawanan akhir Piala Jerman pada bulan hadapan dan pertembungan Liga Europa menentang Rangers pada Ogos nanti.”

”Sudah tentu, semuanya akan bergantung pada apa-apa yang berlaku sebelum itu,” ujar Bosz menurut laporan Evening Standard.

Diturunkan sebanyak 29 kali sebagai pemain di kebelasan utama pada musim ini dalam saingan Bundesliga, Havertz berjaya menjaringkan 12 gol manakala mencipta enam bantuan jaringan. Selain itu, beliau turut meledakkan 56 percubaan ke arah pintu gol lawan.

Kredit featured image: Rolf Vennenbernd/picture alliance via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Kai Havertz:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram