Pesanan Untuk Tan Cheng Hoe & Harimau Malaya Sebelum Menentang UAE

Harimau Malaya

Nota editor: Artikel ini merupakan sumbangan dari pembaca kami bernama Addim Alias. Jika anda ingin melontarkan pandangan anda mengenai isu semasa bola sepak, hantarkan artikel minimum 300 patah perkataan dalam format MS Word ke emel [email protected] .

Bagaimana Harimau Malaya Harus Bermain Ketika Menentang UAE, mengambil kira perlawanan menentang Bahrain sebagai kayu ukur paling munasabah.

Penjaga Gol

Tiada masalah di posisi penjaga gol. Farizal Marlias masih punya refleksnya yang tangkas apabila berjaya menghalang cubaan jarak dekat penyerang Bahrain.

Beberapa kali tenang menerima back pass namun satu kesilapan harus dibayar harga mahal. Terpulanglah pada Cheng Hoe untuk tetap menurunkan Farizal ketika menentang UAE nanti atau beralih kepada khidmat Khairul Azhan ataupun Sam Sommerville.

Siapa pun yang diturunkan malam itu harus mempertajamkan fokus dan jangan mengulangi kesilapan serupa.

Pertahanan

Back 4 adalah perkara paling positif jika aksi menentang Bahrain diambil kira. Cuma satu yang masih belum lengkap – siapa yang benar-benar layak beraksi di samping Aidil?

Irfan Zakaria bukannya tidak beraksi baik. Beliau beberapa kali naik melepasi garisan tengah lalu melorongkan bola kepada rakan sepasukan yang lebih di atas (beraksi ibarat ball playing defender) tetapi beliau terlalu gelabah dan mudah ditarik keluar oleh penyerang lawan serta terlalu cepat ingin menang bola.

Lihat insiden beliau berlaga dengan Corbin kerana ingin menang bola lebih awal. Memeluk penyerang lawan dari belakang dalam kotak penalti ketika bertahan semasa lontaran ke dalam adalah kesilapan ngeri seorang pemain pertahanan.

Junior Eldstal bermain di separuh masa kedua. Daripada segi bertahan mungkin tiada masalah cuma beliau kelihatan agak ‘berat’ dan sentiasa lambat satu langkah. Bagaimana ketika menentang UAE yang sangat pantas nanti?

Kita juga memerlukan seorang pemain pertahanan yang berani memegang bola dan mempunyai kualiti hantaran jauh searching pass atau diagonal pass yang baik untuk membina serangan dari bawah.

Soalannya – siapa yang boleh diharap beraksi di samping Aidil? Diharap Cheng Hoe membuat pilihan tepat.

Dua full back wajib diberikan pujian dan wajib diturunkan ketika menentang UAE nanti. Matthew Davies amat bertenaga ketika menentang Bahrain.

Harimau Malaya
GAMBAR: FAM

Aksi beliau naik turun di sebelah kanan padang sangat diperlukan menentang UAE. Kualiti cross beliau tepat lagi berbahaya. Corbin juga kerap naik membantu serangan walaupun tidak berjaya melakukan cross.

Bahrain sentiasa cuba masuk dari sebelah kiri dan itu menyebabkan Corbin terpaksa berkerja keras menyerap asakan. Secara keseluruhan, peranan Matthew Davies dan Corbin Ong dinantikan untuk perlawanan menentang UAE pada 3 Jun nanti.

Bahagian Tengah

Bahagian tengah adalah bahagian yang agak bermasalah bagi Harimau Malaya. Cheng Hoe meletakkan 3 pemain di posisi tengah iaitu Azam, Syamer serta Liridon.

Tidak pasti bagaimana arahan taktikal spesifik kepada 3 pemain ini kerana kita hanya tahu formasi atas kertas sedangkan perkara itu boleh berubah semasa di tengah padang. Adakah kita menggunakan double pivot iaitu Azam dan juga Syamer dengan Liridon beraksi di atas mereka?

Berdasarkan perlawanan menentang Bahrain, kelihatannya kita beraksi dengan single pivot (merangkap defensive midfilder) iaitu Azam yang kerap masuk ke pocket antara Aidil dan Irfan (pada separuh masa pertama). Syamer dan Liridon berada lebih di atas Azam.

Jadi, apa masalahnya? Masalahnya adalah Azam tak mampu untuk bermain sebagai single pivot menentang pasukan Timur Tengah yang sangat pantas dan agresif ketika menyerang.

Azam beraksi baik walaupun beberapa kali diagonal pass beliau ke laut, passing beliau sangkut dan ada satu ketika beliau gagal menerima bola Aidil dengan baik sehingga Bahrain hampir mendapat gol.

Tetapi harus diakui, beberapa kali Azam menyelamatkan benteng pertahanan kita dengan memotong hantaran cut back daripada pemain sayap Bahrain. Mungkin itu akibatnya tekanan beraksi sebagai single pivot. Harus diingat, Azam bukannya Kante atau Makalele.

Cadangan saya – mainkan Azam dan Syamer sebagai double pivot (bertindak juga sebagai 2 defensive midfielder) dalam formasi 4-2-3-1 untuk mendapat lebih kestabilan ketika bertemu UAE nanti. Setidaknya kita ada 2 pelindung kepada back 4.

Biar kita sedikit defensif daripada berani mengajak UAE bermain terbuka. Saya percayakan kelajuan Safawi dan juga Sumareh. Sesekali kita ancam UAE dengan counter attack mengejut dan mematikan.

Biarkan Liridon (jika Cheng Hoe memilih Liridon) lebih floating di posisi no.10. Liridon juga jangan fancy dan haruslah lebih direct dan harus pantas mengeluarkan bola jika kita bermain dengan double pivot.

Andai Cheng Hoe ingin mencuba sesuatu yang baru, mungkin boleh meletakkan Luqman di posisi no.10, di belakang Syafiq atau De Paula. Siapa tahu dengan kelajuan dan stamina Luqman, counter attack kita menjadi lebih tajam.

Harimau Malaya
GAMBAR: FAM

Serangan

Strategi bertukar-tukar posisi antara 2 wing forward iaitu Safawi dan Sumareh telah kerapkali Cheng Hoe gunakan. Saranan saya – mungkin kita biarkan Safawi di kanan dan Sumareh di kiri lebih lama.

Safawi sentiasa punya naluri untuk cut inside lantas melakukan rembatan kerana beliau sudah selesa bermain begitu. Sewaktu menentang Bahrain beliau bertukar posisi dengan Sumareh terlalu awal. Ada satu ketika beliau cut inside dari kiri lantas melakukan rembatan dengan kaki kanan dan kita tahu hasilnya – bola melambung tinggi.

Biarkan Safawi lebih lama sedikit di sebelah kanan, setidaknya sehingga beliau dapat peluang untuk melakukan cut inside dan merembat dengan kaki kiri. Selepas itu kalau hendak bertukar posisi dengan Sumareh, tukarlah.

Posisi no.9 masih belum diketahui diisi oleh siapa. Sama ada De Paula ataupun Syafiq Ahmad, mereka yang bermain di posisi ini haruslah bagus dengan bola, cekap memulakan dan mengajak link up play dengan pemain no.10 serta dengan wing forward untuk menarik keluar pertahanan lawan sekaligus membuka ruang di belakang pertahanan lawan.

Harimau Malaya
GAMBAR: FAM

Link up play dan combination play harus dipertingkatkan jika kita ingin menang menentang UAE.

Syafiq bermain dengan agak baik ketika menentang Bahrain namun seringkali isolated di hadapan. Masalah ini bukan sepenuhnya berpunca daripada Syafiq. Ia berpunca daripada bahagian midfield yang agak kucar-kacir dan kita juga tiada pemain yang ingin ataupun berani untuk menjadi third runner.

Pesanan khas kepada Harimau Malaya ketika menentang UAE

Jangan cuba bermain high defensive line tetapi jangan juga bertahan terlalu deep. Cuba kompak serta kekalkan shape 4-5-1 ketika bertahan dengan sempitkan ruang antara garis pertahanan dan garis midfield.

India dihukum kerana bermain high defensive line (secara sengaja ataupun tidak) ketika bertemu UAE. Beberapa kali Ali Makhbout terlepas sehingga terhasilnya jaringan.

Berjaga-jaga juga dengan third runner mereka yang seringkali mencari peluang melakukan larian daripada belakang. Disebabkan itu juga saya mencadangkan agar kita bermain dengan double pivot (juga bertindak sebagai 2 defensive midfilder) agar lebih berwaspada dengan ancaman serangan daripada mereka.

Baca juga artikel kami mengenai Harimau Malaya:

Pemilihan ‘Molten’ Jadi Punca Prestasi Kurang Menjadi Malaysia?

5 Sebab Harimau Malaya Harus Optimis Mampu Raih Keputusan Positif

Dua Kesilapan Individu Berikan Bahrain Kemenangan Ke Atas Malaysia

Leave a Reply