Pesanan Istimewa Cristiano Ronaldo Buat Penyokong Manchester United

Pertemuan antara Juventus dan Manchester United menjadi klimaks apabila mempertemukan semula jaguh dunia, Cristiano Ronaldo dengan kelab lamanya Manchester United.

Selepas 6 tahun, Ronaldo sekali lagi kembali menjejak kaki ke Old Trafford dalam misi untuk membantu memperkuatkan pasukan barunya, Juventus.

Bagaimanapun, kepulangan Ronaldo itu telah menambah episod duka buat Red Devils selepas pasukan itu tewas di halaman sendiri dengan keputusan tipis 1-0.

Meskipun Ronaldo gagal mencetak gol ke gawang United, beliau merupakan individu terpenting yang berperanan dalam membantu gol kemenangan Juventus yang dihasilkan oleh Paolo Dybala minit ke-17.

Selepas perlawanan, Ronaldo telah menaikkan ucapannya kepada seluruh peminat khusunya penyokong Manchester United dilaman Instgram miliknya.

“Kemenangan penting dalam perlawanan yang sangat emosi bagi saya.”

“Sangat senang untuk kembali bermain di Old Trafford lagi.”

“Terima kasih kepada semua peminat yang terus menyokong saya.”

Bahagia dengan kehidupan

Sebelumnya, bintang bola sepak berusia 33 tahun itu mengaku bahawa dirinya gembira untuk kembali ke Manchester United yang merupakan kelab diwakilinya selama enam tahun (2003-2009).

Dalam sidang media sebelum perlawanan, Ronaldo menjelaskan bahawa dirinya pada hari ini sentiasa dalam keadaan bahagia dan beliau percaya setiap pemain akan menjadikan dirinya sebagai contoh yang paling terbaik.”

“Saya tahu saya adalah contoh. Saya tahu, 100%. Baik didalam atau di luar padang.”

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 23: Cristiano Ronaldo of Juventus reacts during the Group H match of the UEFA Champions League between Manchester United and Juventus at Old Trafford on October 23, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

“Jadi saya sentiasa tersenyum, saya gembira, saya amat bersyukur kerana saya bermain di sebuah kelab yang hebat”

“Saya mempunyai keluarga yang hebat, saya mempunyai empat orang anak, saya sihat.”

“Saya mempunyai segalanya. Jadi selebihnya, ia tidak mengganggu saya. Saya sangat, sangat baik. ” ujar Ronaldo yang dipetik dari TheGuardian.

Tidak mahu membandingkan antara Juventus dan Real Madrid

Ronaldo enggan mengulas mengenai perbezaan antara Juventus dan Real Madrid.

Apabila ditanya wartawan, ini jawab Ronaldo;

“Saya tidak mahu membandingkan kedua-dua pasukan.”

“Sukar untuk dipercayai, keduanya adalah kelab menakjubkan,

“Saya menjalani perjalanan di Real Madrid dan kini saya bersama Juventus.”

“Sukar untuk saya tentukan pasukan manakah yang benar-benar terbaik di dunia.”

“Namun, saya tetap gembira kerana pernah bersama Manchester, Real Madrid dan kini dengan Juventus. Saya sangat gembira.”

Sepanjang enam tahun bersama United, Ronaldo telah berjaya memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan satu bagi gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

Sebelum berpindah ke Real Madrid pada tahun 2009 dan kemudian menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman di Real Madrid.

Selain itu, Ronaldo turut berjaya membantu pasukan merangkul empat gelaran Liga Jura-Juara Eropah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN