Perubahan Fizikal ‘Sado’ Shahrel Fikri Tarik Perhatian Ramai

Shahrel Fikri Selangor FC 2021

Melalui satu muat naik ringkas status di Selangor FC, penampilan dan perubahan fizikal penyerang, Shahrel Fikri Md Fauzi telah menarik perhatian ramai penyokong.

“The return!” titip Selangor FC di laman sosial mereka dengan sekeping gambar penyerang skuad kebangsaan, Shahrel Fikri yang nampaknya telah kembali turun berlatih bersama pasukan selepas berehat panjang akibat kecederaan Mei lalu.

Shahrel Fikri telah mengalami kecederaan retak tulang fibula (bahagian betis) ketika perlawanan menentang Sri Pahang sekaligus terlepas aksi bersama skuad negara.

Menurut laporan ketika itu, beliau dijangka akan berehat selama enam hingga ke lapan minggu dan kini beliau nampaknya sudah kembali turun berlatih di padang latihan.

Untuk musim ini, selepas menyertai Selangor daripada Perak FC, penyerang berusia 26 tahun itu telah tampil sebanyak 12 kali dengan mengumpul 473 minit permainan.

Perubahan drastik fizikal Shahrel Fikri telah menarik perhatian para penyokong The Red Giants dengan rata-rata komentar mereka merujuk kepadanya. Antara komen yang didapati daripada posting tersebut antaranya adalah, “Pakej striker yang kita nak.”

Shahrel fikri selangor fc

Ada juga yang berkata tentang kepulangannya bersama pasukan disebabkan bantuan jurulatih kecergasan dan juga sains sukan. Seperti yang diketahui, pengendali pasukan, Karsten Neitzel telah membawa bersama beberapa staf kejurulatihan ke Selangor.

Hadir bersamanya adalah jurulatih penjaga gawang, Mike Andrea Kost dan jurulatih kecergasan, Marco Grimm yang juga merupakan warganegara Jerman.

Melihatkan perubahan fizikalnya, tidak mustahil ia adalah hasil bantuan barisan kejurulatihan dan staf di belakang tabir yang telah memainkan peranan penting.

Shahrel Fikri turut memuat naik status di laman Instagramnya dan komen daripada Selangor FC paling mencuri tumpuan. “Hello @adamatrd37 , is that you?” soal Selangor FC yang merujuk kepada pemain bek sayap kelab di EPL, Wolves, Adama Traore.

Sosok fizikal Adama Traore turut menarik perhatian ramai apabila beliau melalui transformasi yang drastik. Mungkin persamaan itu yang cuba dikaitkan mereka.

Selain Adama Traore, antara pemain lain yang turut melalui transformasi fizikal yang drastik adalah Van de Beek, Mason Greenwood serta bintang muda negara, Luqman Hakim. Mereka melalui program latihan khas dan ia juga tentu sama bagi Shahrel Fikri.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply