Peru Akhiri 2 Kemarau, Juga Bawa Australia Pulang Dari Rusia Bersama-Sama

Australia mahu menghidupkan harapan tipis mereka dalam usaha mara ke kalah mati. Ini adalah perlawanan wajib menang untuk Australia dan mengharapkan Denmark tewas di dalam satu lagi perlawanan.

Australia di belakang selepas Carillo menjaringkan gol pembukaan Peru pada mini ke-18. Ini adalah jaringan pertama Peru dalam kempen Piala Dunia 2018. Carrillo melakukan voli deras.

Itu adalah jaringan pertama Peru di Piala Dunia selepas 36 ataupun selepas 1982.

Peru banyak memberikan masalah kepada Australia daripada situasi bola mati. Australia pula berusaha mencari gol dan memperbaiki rentak mereka. Tom Rogic antara pemain yang memberikan ancaman yang sangat kuat.

Sebelum rehat, Australia mencipta beberapa peluang menerusi Aaron Mooy dan Risdon, namun, tiada penyudah berkesan.  Separuh masa pertama berakhir dengan Peru mendahului 1 gol di hadapan.

Australia dalam kedudukan tersingkir pada kedudukan ini. Australia tiada produk pembunuh walaupun bermain lebih baik.

Bersambung babak kedua, Socceroos dalam masalah besar apabila Paolo Guerrero menjaringkan gol ke-2 untuk pasukan beliau. Beberapa minggu lalu beliau dilarang ke Piala Dunia, namun hari ini menjadi hero negaranya di Piala Dunia,

Dalam kedudukan ini, Australia akan pulang ‘rumah’ bersama-sama dengan Peru walaupun apa jua keputusan melibatkan Denmark dan Perancis.

Behic hampir merapatkan juang namun separa voli beliau sedikit tersasar.

Behic kemudian mencipta peluang terbuka kepada Cahill namun penyerang veteran itu tidak dapat menjangkau bola tersebut.

Perlawanan berakhir Peru menang 2-0. Ini adalah kemenangan pertama Peru di Piala Dunia selepas kali terakhir melakukannya pada 1978.

Justeru, hari ini Peru mengakhiri 2 kemarau mereka di Piala Dunia iaitu, kemarau 36 tahun tanpa jaringan dan juga kemarau kemenangan sejak 1978. Tidak lupa ini adalah kali pertama mereka mengutip mata dalam temasya kali ini. Semuanya dilakukan dalam perlawanan terakhir.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram