Isu Pertukaran Venue: Pengurus Hotel DarulMakmur Mohon Maaf Kepada JDT, Perjelas Perkara Sebenar

Rentetan isu pertukaran venue perlawanan membabitkan Felda United menentang juara Liga Super 2017, JDT yang didakwa disebabkan oleh masalah penginapan, ia akhirnya mengundang kenyataan daripada pengurus Hotel DarulMakmur sendiri.

Kita ikuti penjelasan Encik Mansor Mat Isa berkenaan kedudukan mereka sebagai pihak yang bertanggungjawab menyediakan penginapan bagi pasukan pelawat di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka:

Stadium Tun Abdul Razak, Jengka

Kenyataan Pengurus Hotel DarulMakmur

Berikutan perubahan venue perlawanan antara Felda United dan JDT pada 28 Okt dari STAR ke SSA, saya telah menerima limpahan mesej pertanyaan berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Football Malaysia LLP.

Ada yang menyalahkan FMLLP dan ada yang menyalahkan kami.

Saya Mansor Mat Isa, selaku Pengurus Hotel DarulMakmur, Jerantut, Pahang yang menjadi penginapan rasmi pasukan-pasukan pelawat yang bertemu Felda United, merasa bertanggungjawab untuk turut mengeluarkan kenyataan rasmi.

Sebagaimana rakan-rakan yang mengikuti Facebook saya sedia maklum, memang kami mengalu-alukan kedatangan apa-apa pasukan pun ke hotel kami dan kami akan memberikan layanan yang selayaknya buat pasukan-pasukan yang hadir tanpa mengira status atau kedudukan anda dalam liga.

Setiap pasukan yang hadir akan kami sambut, tak kira pukul berapa anda tiba ke hotel dan mengiringi anda pulang tanpa mengira cuti atau tidak. Pasukan yang tidak dapat menginap di hotel kami pun akan kami hubungi untuk mengetahui sebab-sebabnya.

Kami berusaha untuk mendapatkan jadual perlawanan membabitkan pasukan Felda United, samada Liga Super, Piala FA ataupun Piala Malaysia. Kami dapatkannya sendiri kerana kami mahu ‘block’ tarikh di mana Felda United bermain home, dan kami akan menghubungi pasukan lawan sebulan sebelum perlawanan.

Selalunya, setiap pasukan akan confirm seminggu atau 2 minggu sebelum perlawanan. Ianya tak menjadi masalah, kerana kami dah pun ‘block’ bilik dari tempahan lain berdasarkan kepada tarikh yang ada pada kami dan tarikh tersebut tidak berubah. Yang menjadi masalah ialah bila tarikh perlawanan berubah.

Kami telah ‘block’ bilik (tempahan) utk pasukan JDT mengikut tarikh asal jadual yang ada pada kami iaitu pada 30 Sept. Kami dapat jadual ni awal tahun lagi, dan saya pernah berkata pada Coach Benjamin Mora (ketika itu), pada 14 Februari lepas sewaktu perlawanan Piala FA. ‘See you again on 30th September.’

Dan beberapa bulan lalu, kami pun dah terima panggilan dari pihak JDT utk makan durian lagi.

Malangnya, berlaku perubahan tarikh kepada 27/28 September, sedangkan kami telah menerima tempahan dari sebuah Jabatan Kerajaan untuk tarikh 25-29 September sejak beberapa bulan yang lalu.

Jika mengikut perancangan, jabatan kerajaan tersebut check-out dan JDT check-in. Segalanya telah diatur.

Kami taknak salahkan sesiapa, FMLLP ada alasan tersendiri atas perubahan tarikh tersebut. Sememangnya kami sendiri tidak mempunyai bilik yang banyak.

Kami cuma ada 40 bilik sahaja walaupun hotel kami 5 tingkat. InsyaAllah, untuk tahun 2018, kami mempunyai bilik yg cukup kerana kami sedang giat menjalankan pengubahsuaian dan penambahan bilik sebanyak 40 buah lagi yang dijangka siap dan boleh digunakan pada Disember 2017.

Kami juga mengikuti pengundian perlawanan Piala Malaysia ataupun AFC kerana kami mahu menjadi ‘host’ kepada pasukan pelawat. Setiap tarikh akan kami ‘block’ siap-siap (terlebih awal) walaupun pasukan tersebut tidak menginap di hotel kami dan kami kehilangan bisnes pada tarikh tersebut.

Perancangan harus dilakukan secara proaktif. Soal rezeki yang tak ada, kami redha. Sebagaimana kami redha kehilangan bisnes pada 29-30 September akan datang.

Untuk perlawanan Felda United akan datang, kami dah siap ‘block’ tarikh utk pasukan Kedah pada 14-16 Oktober bagi perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia, meskipun pasukan Kedah belum membuat tempahan. Semoga tarikh yang kami terima tidak berubah lagi.

Akhir sekali, kami memohon maaf kepada semua peminat dan penyokong Felda United dan juga pasukan JDT sendiri. Kami telah cuba melakukan yang terbaik dan berharap semuanya mengikut perancangan, namun jika sesuatu keputusan yang berlaku di luar kemampuan kami, maka kami tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menerima sahaja segala keputusan yang telah ditetapkan.

Semoga kenyataan saya ini tidak disalah anggap sebagai alasan untuk melepaskan diri. Tidak. Pihak kami telah pun memohon maaf kepada pasukan JDT berikutan kekalutan yang timbul.

Kami cuba menjaga nama baik Hotel DarulMakmur untuk kami menjadi gah sebaris dengan hotel-hotel yang mempunyai banyak bintang. Kami mahu terus menjadi penyumbang di dalam Liga Malaysia dengan menjadi penginapan rasmi pasukan lawan

Hotel DarulMakmur, Jerantut

Rumusan

Kami mengharapkan penjelasan daripada pihak Hotel DarulMakmur mampu menjelaskan kekeliruan yang timbul di kalangan pengikut bola sepak tanah air.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN