Pertembungan ‘Tanpa Penyerang’ Antara KL City, PJ City

Mahalli Jasuli Romel Morales PJ City KL City 1

KL City FC dan PJ City FC, kedua-duanya bakal turun beraksi tanpa penyerang sejati dan bagaimanakah kesudahan perlawanan minggu ke-18 antara mereka malam ini?

Mungkin ramai yang akan menjangkakan satu keputusan seri tanpa jaringan bakal dimuktamadkan antara kedua-dua pasukan. Ini kerana, KL City sedikit goyah tanpa penyerang, sementara PJ City pula sudah selesa beraksi tanpa penyerang sejati.

Untuk rekod, dalam empat aksi selepas liga kembali bersambung, KL City masih belum menang dan hanya mencatatkan keputusan seri berdepan Selangor FC (1-1), Perak (0-0), Melaka United (1-1) dan baru-baru ini terikat 1-1 menentang Sabah FC.

Siapa Mampu Tumbangkan KL City Buat Kali Pertama Di Stadium KLFA?

Untuk PJ City, mereka bolos agak banyak ketika tumbang kepada Terengganu FC baru-baru ini dengan keputusan 0-3 – antara tiga rekod bolos terbanyak mereka selain tewas 1-3 kepada Kedah Darul Aman FC dan juga turut tewas 0-3 kepada JDT.

Adakah mereka mampu bangkit? Pengendali pasukan, P. Maniam tidak mahu terlalu menekan para pemainnya dan mereka memberi fokus perlawanan demi perlawanan.

Memetik kenyataannya di Sinar Harian sebelum ini, “Saya tidak mahu [terlalu] menekan pemain-pemain dalam soal ini dan tidak mahu cakap apa-apa sebaliknya mahu berikan tumpuan dengan perlawanan berdepan Kuala Lumpur terlebih dahulu.”

“Dalam tiap perlawanan, saya tidak mahu beritahu pemain yang mereka kena menang dalam perlawanan ini kerana semua dalam kalangan mereka tahu tanggungjawab mereka,” jelas P. Maniam yang menuntut kerja keras daripada para pemainnya.

Sudah diketahui ramai, mereka beraksi tanpa penyerang sejati sejak kehilangan Darren Lok dan mereka hanya sempat mempertaruhkannya dalam lima aksi pertama liga.

Dalam lima penampilannya, Darren Lok telah berhasil menyumbang tiga gol dan sejak kehilangannya, PJ City sukar mendapatkan pengganti setara. Mereka juga mencuba membawa masuk penyerang terpinggir JDT, Hazwan Bakri, namun gagal.

Sudahnya, mereka ambil keputusan meletakkan Mahalli Jasuli sebagai penyerang dan beliau masih belum berjaya meledak sebarang gol selepas 14 penampilannya itu.

‘Inilah Bola Sepak’ – Bojan Pasrah KL City Hilang Penyerang Kali Kedua

Untuk PJ City, Bojan Hodak nampak sudah redha dengan ketentuan Tuhan apabila penyerang gantian yang dibawa masuk sebagai pengganti Dominique da Sylva, Kyrian Nwabueze juga akan diketepikan sepanjang musim ini kerana kecederaan ACL.

Mereka hanya sempat menggunakannya dalam aksi pertama liga selepas kembali bersambung dan kini, tugas penyerang telah diberikan kepada Romel Morales.

“Safee masih belum pulih [demam denggi] dan begitu juga dengan Kyrian Nwabueze [penyerang import] yang akan diketepikan kerana kecederaan ACL.” jelas Bojan Hodak.

“Jadi kami akan pertaruhkan pemain lain seperti Romel Morales di bahagian depan walaupun sebenarnya dia adalah pemain tengah, selain beberapa tonggak lagi yang akan memikul tanggungjawab di jentera depan,” tambahnya kepada Harian Metro.

Jadi, antara kedua-dua pasukan ini, siapa yang bakal muncul sebagai pemenang dan membawa pulang tiga mata? Semua tahu betapa kebalnya KL City di Stadium KLFA, jadi adakah keputusan seri adalah yang terbaik untuk kedua-dua pasukan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN