Pertembungan Epik El Clasico Milik Real Madrid

Real Madrid Barcelona Davild Alaba El Clasico

Debaran aksi El Clasico akhirnya terjawab selepas Real Madrid menang 2-1 ke atas Barcelona dalam aksi La Liga yang penuh mendebarkan di Nou Camp.

Real Madrid beroleh gol pendahuluan pada minit ke-32 menerusi David Alaba hasil dari serangan balas pantas.

Bermula dengan sepakan percuma Barcelona yang berjaya dikeluarkan dari kawan bahaya, pemain pertahanan Real itu mengatur larian ke hadapan untuk menerima lorongan Rodrygo dan melepaskan rembatan kencang tempat ke penjuru gawang menewaskan Marc Andre ter Stegen.

Barcelona perlu menyalahkan diri sendiri selepas gagal mendapatkan jaringan penyamaan sebelum waktu rehat walaupun memperolah beberapa peluang keemasan menerusi situasi satu lawan satu Sergino Dest dan tandukan Gerard Pique, namun semua percubaan gagal menepati sasaran.

Real Madrid pula yang mempunyai kelebihan dari segi kepantasn pemainnya terus mendominasi penguasaan bola sepanjang babak pertama dan memberi masalah kepada barisan pertahanan Barca dengan serangan balas.

Aksi di babak kedua berlangsung lebih rancak dengan Barcelona berhasil melancarkan beberapa percubaan untuk menyamakan kedudukan, namun Real Madrid juga terus mengancam dengan memiliki beberapa peluang untuk melebarkan kelebihan.

Pada masa kecederaan, Barcelona mengharapkan pengadil memberikan sepakan penalti selepas Pique mendakwa dikasari dalam kotak penalti, tetapi hanya beberapa saat selepas itu, Real Madrid bijak mengambil kesempatan sekali lagi hasil dari serangan balas pantasuntuk mendapat gol kedua perlawanan menerusi jaringan Luca Vazquez.

Barcelona akhirnya mendapat gol saguhati di penghujung perlawanan hasil jaringan pemain gantian Sergio Aguero, tetapi ia terlalu lewat untuk menghalang Real Madrid daripada memastikan pertemuan epik di antara dua kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak ini dikuasai olehnya.

Kemenangan tersebut meletakkan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu naik ke persada liga dengan mengumpul 20 mata selepas sembilan perlawanan, menyamai mata yang dimiliki Sevilla dan Real Sociedad, namun berkelebihan dari segi perbezaan gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN