Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Kangsar Lancarkan Laman Sesawang Rasmi

Kerjasama Semuanya BOLA

Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Kangsar

Seiring dengan tuntutan dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Kangsar (PBSDKK) mengorak langkah dengan melancarkan laman sesawang rasmi badan bola sepak daerah tersebut.

Pada peringkat awal, laman sesawang tersebut bakal menjadi tumpuan 18 pasukan yang akan bertanding dalam saingan Piala FA 2020 anjuran PBSDKK.

Perkembangan terkini mengenai jadual serta keputusan perlawanan, statistik penjaring dan banyak lagi akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memudahkan penyaluran maklumat terutamanya buat pasukan bertanding.

Di samping dapat memberikan informasi dengan lebih pantas kepada kumpulan sasaran, penggunaan laman sesawang sememangnya sesuatu yang sangat diperlukan bagi sesebuah organisasi.

Pucuk pimpinan PBSDKK bersama Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Mohd Suder Satimin.

Inisiatif yang diambil wajar dipuji kerana boleh dikatakan PBSDKK adalah persatuan bola sepak daerah pertama di Perak yang memiliki laman sesawang rasmi.

Majlis pelancaran yang diadakan petang tadi di Kuala Kangsar itu telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Mohd Suder Satimin.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan mesyuarat agung tahunan kali ke-32 serta undian Piala FA 2020. Sepak mula saingan tersebut dijangka bermula pada Februari nanti.

Laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Kangsar boleh diakses di: pbsdkk.com

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram