Pernah Tuduh Tan Cheng Hoe Intip Pasukan, Park Hang-seo Terus Paranoid Taktik Licik Sendiri

Vietnam akan menjadi lawan Malaysia seterusnya dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 11 Jun hadapan. Sebelum itu, skuad kendalian Park Hang-Seo akan berhadapan dengan Indonesia pada 7 Jun.

Dua perlawanan tersebut dianggap penting bagi pengendali dari Korea Selatan itu dalam usaha untuk terus menduduki tempat teratas Kumpulan G sebelum berhadapan UAE di perlawanan terakhir pada 15 Jun.

Enggan memandang rendah cabaran Indonesia dan Malaysia, Park Hang-Seo mengarahkan kawalan keselamatan di pusat latihan diperketatkan untuk mengelak sesi latihan pasukan diintip lawan. Perkara itu dilaporkan melalui akhbar tempatan negara itu, Vietnam.net.

Langkah tersebut turut menyebabkan wartawan yang membuat liputan tidak dibenarkan berada dekat dengan pemain, dan sekadar melakukan pemerhatian dari jauh. Selepas seketika, wartawan yang hadir diarahkan untuk keluar dari pusat latihan.

Sikap paranaoid Park Hang-Seo juga menyebabkan pihak penganjur terpaksa mengarahkan pihak berkuasa berkawal di bahagian luar sekeliling padang latihan, sambil perjalanan pergi dan balik ke hotel penginapan turut diiringi pihak polis.

Paranoid ciptaan sendiri

Menjelang pertemuan menentang Indonesia, jurulatih dari Korea Selatan itu dikatakan amat berhati-hati dengan mata-mata yang mungkin dipasang kem Indonesia. Adakah sikap paranoid Park Hang-Seo adalah perkara yang disebabkan oleh diri beliau sendiri?

Kita semua tahu bagaimana taktikal Park Hang-Seo yang berasaskan permainan berasaskan pertahanan menjadi begitu berkesan terhadap corak permainan Vietnam. Selain daripada taktikal bertahan, tahukah anda Park Hang-Seo turut memiliki taktik licik lain?

Melalui satu video dalam satu rancangan (dipercayai rancangan TV Korea Selatan), Park pernah berkongsi mengenai kehidupan beliau di Vietnam. Diberikan sebuah rumah penginapan yang selesa, segalanya tampak sempurna buat jurulatih ini.

Tetapi tahukah anda, kediaman tersebut turut mempunyai sebuah bilik khas yang membenarkan Park menganalisis taktikal pasukan lawan ketika lawan melakukan latihan?

Kami percaya tidak ramai pasukan yang mengetahui mengenai perkara ini termasuklah dari kem Malaysia. Di setiap perlawanan yang akan diadakan di Hanoi, semua pasukan lawan akan diberikan padang khas untuk mengadakan latihan.

Kebetulan atau tidak, padang latihan tersebut berada bersebelahan dengan kediaman Park. Kedudukan padang dan kediaman beliau, memberikan kelabihan kepada Park untuk menganalisis taktikal lawan sebelum perlawanan.

Pernah tuduh diintip Malaysia

Mengapa kami katakan Park Hang-Seo paranoid? Ini kerana pada pertemuan pertama Vietnam dan Malaysia di kempen kelayakan pada 2019, Park Hang-seo bertindak menukar tempat latihan skuadnya ke lokasi tertutup selepas mendakwa persediaan akhir mereka akan diintip skuad Malaysia. Ini berikutan apa yang telah berlaku kelmarin.

Pada Isnin malam, seperti yang dilaporkan oleh VN Express, skuad negara telah tiba ke padang latihan awal 15 minit daripada yang sepatutnya. Malaysia dan Vietnam dilaporkan berkongsi padang latihan yang sama iaitu di VFF Youth Training Centre.

Tan Cheng Hoe pernah diituduh Park Hang-Seo intip latihan Vietnam.

Skuad negara yang akan mengadakan sesi latihan pertama pada malam itu telah diminta tidak keluar daripada bas dan dibawa ke sudut yang sedikit tersorok daripada padang latihan begitupun, ketika pemain-pemain negara sedang membuat persiapan, Tan Cheng Hoe dilaporkan memerhatikan sesi latihan lawannya.

Sesi latihan telah dihentikan oleh pengendali Vietnam tersebut dan sesi komunikasinya bersama pemain turut dikatakan terjejas akibat kehadiran awal skuad Harimau Malaya ke padang latihan.

Tidak dapat dipastikan sama ada ini adalah satu perang psikologi daripada Park Hang-seo dan VFF kerana apa yang menghairankan adalah bagaimana VFF boleh menyediakan tempat latihan yang sama sedangkan daripada awal situasi ini sudah boleh dielakkan.

Penutup

Adakah Park Hang-Seo kini risau akan perbuatan yang pernah dilakukannya terhadap pasukan lain menimpa pasukan kendaliannya kali ini?

UAE adalah sebuah negara yang kaya. Namun demikian tidak mungkin UAE akan memiliki penginapan seperti yang dimiliki oleh Park di Vietnam semata-mata untuk mengintip taktikal pasukan mereka.

Baca artikel bola sepak menarik lain mengenai Vietnam melalui pautan:

Pemain Yang Patahkan Kaki Kapten Vietnam Didenda VND40 Juta, Perlu Tanggung Kos Rawatan

“Bahasa Inggeris Saya Tidak Cukup Bagus Untuk Sindir Pengadil” – Park Hang-seo

Park Hang-seo Alih Tumpuan Untuk Aksi Berdepan Malaysia

Leave a Reply