Pernah Dikecam Netizen & Digelar Angkuh, Ini Sisi Berbeza Khalid Jamlus Ramai Tidak Tahu

“Takkan Aku Nak Latih ‘Tukang Kebun”. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Khalid Jamlus ketika sidang media mengenai dirinya pada Julai tahun lalu.

Bekas penyerang negara itu berkata demikian kerana kecewa sukar mendapat peluang sewajarnya untuk menjadi sebahagian dari ‘team’ kejurulatihan pasukan Liga Malaysia.

Tidak dinafikan, zaman sekarang ianya bukan mudah untuk ‘cari makan’ di dalam industri, walaupun jika mempunyai kelayakan sekali pun.

Pandangan serong masyarakat

Sudah menjadi lumrah kita, cepat sangat hendak menghakimi peribadi seseorang hanya kerana satu kenyataan tanpa soal selidik, atau memahami situasi sebenar kejadian. Khalid tidak terkecuali dari menerima tempias tanggapan negatif dari netizen pada ketika itu.

Rata-rata peminat dan penyokong bola sepak tempatan melihat kenyataan daripada bekas pemain kebangsaan itu sebagai angkuh.

Ini menyebabkan Khalid menerima kritikan ramai. Tidak kurang yang menuduh beliau seolah-olah merendah rendahkan pekerjaan tukang kebun.

Nama Khalid Jamlus menjadi sebutan ramai sejak beberapa minggu lalu selepas beliau bertindak menjual pingat dan memorablia yang diperolehi ketika masih giat bergelar pemain.

Tindakan beliau tersebut dipercayai kerana desakan hidup dan keperluan kewangan selapas sukar mendapatkan pekerjaan di dalam industri bola sepak selepas tidak lagi bergelar pemain.

Khalid minta maaf

Namun Khalid Jamlus menegaskan beliau tidak berniat untuk memperlekehkan tukang kebun.

Selain itu Khalid Jamlus turut berkongsi pengalaman di mana beliau pernah melakukan apa sahaja pekerjaan untuk menyara keluarganya.

Ini termasuk menjadi kuli dan juga runner yang selama ini tidak ramai peminat bola sepak ketahui.

Dan Khalid juga pada akhir kenyataannya telah meminta maaf jika ada yang tersinggung dengan kenyataan beliau.

Dipetik daripada facebook rasmi miliknya, Khalid Jamlus berkata:

“Kepada semua anda di sana yang pernah disanjungi, tetiba menjadi kehidupan seperti saya buat apa yang terbaik tuk melangsungkan kehidupan, yang penting demi masa depan anda.”

“Baiklah, aku cerita lagi pada anda selepas saya tamat menjadi coach PDRM saya bekerja menjadi runner di APAD.”

Melalui muat naik yang sama, Khalid turut menafikan beliau berlagak dan memilih kerja.

Malah beliau mengaku pernah bekerja di dalam bidang lain yang tiada kaitan dengan bola sepak untuk menyara keluarganya.

“Adakah saya belagak dan memilih kerja? Tak!”Tambah beliau lagi.

“Dan [saya] penah berkerja sebagai kuli di satu syarikat kontraktor.”

“So mengenai pasal tukang kebun, kalau katakan tu kerja saya esok hari atau jadi security guard saya kerja, kalau itu kerja hakiki saya.”

“Cuma ramai mempersoalkan, kau sebagai bekas pemain kebangsaan dan mempunyai pengalaman yang luas. Adakah tu pilihan terbaik?”

“Cuma di sini jika ada peluang yang bersesuaian dengan kebolehan saya je.”

“Maaf kalau kata-kata saya menyinggung perasaan anda, I’m sorry.”

Perkongsian Izzat Ikmal

Izzat Kamil adalah bekas pemain yang pernah berlatih di bawah seliaan Khalid Jamlus di PDRM FA.

Izzat kini beraksi bersama Kuala Lumpur Rovers di Liga M3.

Selepas timbul kisah kontroversi Khalid dan kecaman yang diterima oleh legenda Perak itu, Izzat berkongsi di Twitter mengenai sisi lain mengenai peribadi Khalid yang ramai tidak tahu.

“Actually KJ [Khalid Jamlus] ni bagus dalam coaching. 1 tahun lepas [selepas] baik dari ACL. insan ni la yang sanggup datang pukul 3/4 [petang] dekat padang pulapol and bagi extra training dekat aku,” ujar beliau melalui ciapan di Twitter.

“Passion [semangat dan kesungguhan] dia dalam bola memang sangat tinggi. Cuma dia ada satu sikap yang korang [mungkin] akan rasa kurang senang.

“Tapi bagi aku itu adalah dia “KJ” itulah diri dia bila kau borak pasal bola or whatever. [Sikap] ‘Angkuh’ itulah yang perlu ada bagi seseorang striker [penyerang]. Tapi mungkin [Khalid] terbawa-bawa [dari padang] kot.

“Banyak aku belajar dari dia. Bila dalam group [berkumpulan] kau akan rasa tak selesa dengan dia.

“Tapi bila kau face to face dengan dia, gentle, kau akan rasa aura dia. [Saya] pernah terfikir untuk stop [bermain] bola.

“Tapi bila dia brain wash aku, semangat tu datang balik.

“Korang tahu. dia ajar aku dari kosong. cara passing, controlling, dribbling, shooting, long ball. Semua la. Bagi aku dia memang boleh lahirkan beberapa lagi striker macam dia. Cuma player tu tahan dengan tak tahan jela.”

Ternyata Khalid mempunyai sikap berbeza berbanding sangkaan ramai. Satu perkara dan kualiti yang dimiliki oleh Khalid dalam peribadi beliau ialah tanggungjawab.

Tanggungjawab sebagai jurulatih membuatkan beliau membantu Izzat. Tanggungjawab terhadap keluarga mendorong beliau bersuara dan bertindak

Penutup

Apa-apa pun kita doakan yang terbaiklah untuk Khalid Jamlus. Malah Khalid bukan satu-satunya atlet kebangsaan yang berhadapan masalah kewangan selepas bersara bergelar atlet.

Jadikan ini satu pengajaran buat atlet dan pemain bola sepak muda pada hari ini. Ketahuilah kemewahan itu hanya sementara. Perkara paling penting, anda harus bijak melabur dan menyimpan.

Satu mekanisme untuk membantu bekas atlet juga perlu dilaksanakan. Apa guna nama mereka dijulang pada hari ini jika ianya hanya menyukarkan mereka di kemudian hari.

Walaupun tidak meneruskan kerjaya di dalam bidang bola sepak, Khalid kini sibuk menguruskan kedai makan yang diusahakannya sendiri. Kedai tersebut dinamakan sebagai ‘Khalid Jamlus 25’ dan antara menu istimewa yang ditawarkan ialah seperti daging salai.

Kedai makan tersebut boleh dikunjungi di Lepak Court, Sijangkang yang terletak di Batu 7, Teluk Panglima.

Pendek kata, semua pihak harus ambil iktibar. Tepuk dada sendiri, tanya selera.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Khalid Jamlus:

Bukan Seorang Sahaja ‘Khalid Jamlus’ Di Luar Sana

Aidil Zafuan: Belum Ada Penyerang Memiliki Kualiti Seperti Khalid Jamlus

Khalid Jamlus Dedah Inisiatif Steve Darby Keluarkan Duit Sendiri Bantu Pemain

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN