Permusuhan Dua Pasukan (Rivalry): Perlukah Ia Dijadikan Tradisi Atau Dijauhi?

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Ahmad Fikri, salah seorang pembaca kami. Bagi kami, isu yang dibangkitkan oleh beliau sangat menarik untuk dibincangkan iaitu mengenai rivalry dalam bola sepak Malaysia.

 

Kepada peminat bola sepak Malaysia yang dikasihi semua,

Saya menulis artikel ini untuk menzahirkan rasa ‘kosong’ yang saya rasakan dalam liga tempatan kita. ‘Kekosongan’ yang saya maksudkan adalah rivalry; atau permusuhan antara dua pasukan.

Rivalry boleh terjadi kerana faktor geografi. Perlawanan antara dua pasukan berjiran dipanggil local derby. Di Eropah, kita biasa disajikan dengan local derby yang panas seperti Revierderby (Borussia Dortmund vs Schalke 04), Manchester derby (Manchester City vs Manchester United), North London derby (Arsenal vs Tottenham) atau Tyne–Wear derby (Newcastle vs Sunderland).

Baca juga: 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Revierderby (Borussia Dortmund vs Schalke 04)

Rivalry juga boleh berlaku antara dua pasukan yang tidaklah berjiran, tetapi masih bermusuh kerana faktor sejarah (sama ada politik, sosio-ekonomi, agama atau perbezaan falsafah bola sepak). Contohnya North West derby (Man United vs Liverpool), El Clasico (Real Madrid vs Barcelona) atau De Klassieker (Ajax Amsterdam vs Feyenoord).

Baca juga: Bagaimana Man Utd dan Liverpool boleh bermusuh?

Kadang-kala, rivalry juga boleh berlaku kerana kedua-dua faktor. Mereka pasukan berjiran dan mempunyai sebab untuk bermusuh kerana sejarah. Rivalry ini paling panas seperti yang boleh kita lihat semasa Derby della Capitale (AS Roma vs SS Lazio), Old Firm derby (Celtic vs Rangers), Kıtalararası Derbi (Fenerbahçe vs Galatasaray) atau Superclásico (Boca Juniors vs River Plate).

Suasana biasa di Superclasico

Permusuhan paling hangat di liga tempatan

Jika ada satu rivalry di liga tempatan yang mempunyai atmosfera dan kehangatan yang setanding dengan rivalry di Eropah dan Amerika Selatan, ia adalah rivalry antara dua pasukan yang dinaungi oleh dua kerabat diraja yang berbeza ideologi pembangunan bola sepak, JDT dengan Pahang.

Daripada penaung, pihak pengurusan, ultras sehinggalah ke ‘Kuaci Army’ masing-masing, kesemuanya berseteru dan berperang. Saya mengharap-harapkan rivalry yang epik antara dua pasukan ini sampai ke kemuncaknya pada Piala Malaysia 2014, namun sangkaan saya meleset.

Api permusuhan antara dua pasukan ini ditiup sekali lagi pada permulaan musim 2015. Semasa perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT dan Pahang, penyokong-penyokong JDT mempamerkan tifo yang mempunyai gambar manusia berkepala anjing berpakaian sut dengan logo FAM, memegang anak anjing (yang memakai rantai berwarna jersi Pahang).

ka9_2869-copy

Ini diikuti pula isu layanan “anak emas” FAM kepada pasukan Pahang yang memberi kebenaran kepada mereka untuk menangguhkan perlawanan Piala FA meskipun akhbar Berita Harian melaporkan Pahang tiada sebab untuk berbuat demikian.

Rivalry antara kedua-dua kelab ini semakin menjadi-jadi apabila penaung JDT meletakkan jawatan dalam FAM yang diketuai oleh ahli kerabat diraja Pahang. Penaung JDT menyusuli perletakan jawatannya dengan pelbagai kritikan terhadap tahap profesionalisme FAM.

Drama antara kedua-dua pasukan ini berlarutan sehingga kini sehingga penyokong-penyokong pasukan lain mula muak dengan karenah pengurusan dan penyokong Pahang dan JDT. Ramai yang mahukan suasana bola sepak yang bersih, suci, tiada elemen permusuhan dan aman. Semua orang mahu menjadi pendamai.

Muak dengan suasana bola sepak yang kosong

Apa yang saya mahu tekankan di sini ialah istilah ‘muak’ itu. Bagi saya, rivalry ini membantu menambah ‘perencah’ dalam liga bola sepak kita. Saya mahu menerangkan di sini, terutamanya kepada pihak neutral yang mahu menjadi pendamai. BERHENTI MENJADI PENDAMAI. Kerana ‘kekosongan’ liga bola sepak kita semakin terisi dengan rivalry ini.

Mungkin ramai pihak (terutamanya pendamai) yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya. Ingatlah, rakyat negara kita berbudi bahasa dan bersopan-santun kata mereka. Bola sepak itu menyatukan, kata mereka. Saya ingin tanya kepada mereka. Tahukah mereka erti sebenar ‘bola sepak itu menyatukan’?

Ya, bola sepak itu menyatukan. Ia menyatukan anak kelahiran Teluk Intan dengan anak-anak kelahiran Simpang Pulai, Parit Buntar dan sesiapa sahaja yang lahir di Perak. Ia menyatukan rakyat marhaen yang mengagumi kepimpinan zuhud Allayarham Tok Guru Nik Aziz. Ia menyatukan rakyat Malaysia yang berbangsa Cina dengan rakyat Malaysia yang dalam diamnya merupakan ahli berdaftar PERKASA. Ia menyatukan penyokong yang bencikan sikap hipokrit dan tidak profesional sesebuah persatuan bola sepak.

Kita bersatu kerana melalui bola sepak, kita menemui satu persamaan. Dalam perlawanan antara Pahang dan JDT, kita ‘bermusuhan’. Tetapi dalam perlawanan yang melibatkan skuad kebangsaan, kita bersatu. Sesopan-sopan orang Turki di Istanbul, penyokong Galatasaray tidaklah bodoh-bodoh ‘bersatu’ dengan penyokong Fenerbahce ketika Kıtalararası Derbi.

156765134.0

Bermusuhan tak bermaksud perlu ganas

Dalam konteks bola sepak, saya tidaklah mengatakan penyokong Kelantan perlu ‘bergocoh’ dengan penyokong Terengganu. Tetapi alangkah baiknya jika mereka berbalas-balas sorakan (chants) dan mempamerkan tifo terbaik mereka masing-masing di stadium. Beritahu saya, mengapa saya perlu membawa rakan saya dari Amerika Syarikat menonton perlawanan antara dua pasukan yang bersatu di bawah panji-panji ‘This Is Pantai Timur’? Lebih baik saya bawa rakan saya ke perlawanan kriket!

Di mana roh permusuhan yang kita saksikan semasa perlawanan Piala FA 1990 antara Perak dengan Selangor sehingga melahirkan semangat ‘Kejor Yob Kejor’?

Di mana roh permusuhan yang datuk nenek kita tonjolkan setiap kali Selangor menentang Singapura pada era Mokhtar Dahari? Atau ketika menentang Kuala Lumpur dahulu?

Kesimpulan

Mungkin isu yang saya cuba bangkitkan ini tidak memberi apa-apa manfaat lebih-lebih lagi dari segi pembangunan bola sepak. Tetapi harus diingat, football is more than just a sport. It’s our culture. Isu yang saya bangkitkan ini adalah supaya liga kita , rumah kita ini mempunyai identiti, lagenda dan sejarah tersendiri yang boleh diingati dan bukan berubah-ubah. Seperti mood peminat bola sepak bandwagon.

Baca juga: Mengapa Kita Semua Ini Bandwagon Fans Sebenarnya

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sumber gambar: SB Nation, WordPress,

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN