Perlawananan Kedah Darul Aman FC VS JDT Diteruskan Tanpa Kehadiran Penyokong – MFL

Syazwan Tajudin Rizal Ghazali Fernando Rodriguez JDT Kedah Piala Sumbangsih 2021

Perlawanan Liga Super Malaysia  membabitkan pertemuan KedahDarul Aman FC menentang JDT yang dijadualkan pada 4 Mei hadapan akan diteruskan, namun ianya akan diadakan tanpa kehadiran penonton.

Perkara itu disahkan oleh Malaysian Football League (MFL) pada hari ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan di negeri tersebut.

Sebelum ini  Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata beberapa daerah di Kedah seperti Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim akan berada di bawah status PKP bermula pada 1 hingga 14 Mei 2021 berikutan peningkatan kes COVID-19 di kawasan berkenaan.

Susulan pengumuman tersebut, MFL menetapkan perlawanan membabitkan Kedah Darul Aman FC melawan Johor Darul Ta’zim pada Selasa ini di Stadium Darul Aman akan dimainkan secara tertutup tanpa kehadiran penonton.

“MFL ambil maklum mengenai pengumuman terkini status PKP di negeri Kedah jadi MFL akan mengetatkan pematuhan SOP dan tahap disiplin gelembung sukan kepada pegawai dan pemain kedua-dua pasukan, pegawai-pegawai perlawanan dan petugas- petugas perlawanan di mana Ujian RTK Antigen terbaharu hendaklah dibuat sehari sebelum atau pada hari perlawanan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan melalui kenyataan yang dikeluarkan.

“Jadi, SOP Pengelolaan Perlawanan Tanpa Penonton adalah diaktifkan semula sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini sehingga perkembangan terbaharu diumumkan oleh pihak kerajaan kelak.

Safawi Rasid Fairuz Zakaria JDT Kedah Piala Sumbangsih 2021
Safawi Rasid berjaya mengatasi bek kiri Kedah, Fairuz Zakaria. FOTO: JST

“Saya berharap agar semua pihak terlibat akan terus mematuhi segala SOP yang ditetapkan bagi keselamatan dan kesihatan diri masing-masing serta kelancaran saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya lagi.

Perlawanan pada 4 Mei akan dayang melibatkan Kedah Darul Aman FC dan JDT pasti akan menarik perhatian seluruh peminat bola sepak tempatan kerana ia membabitkan pertemuan dua pasukan yang berada di kedudukan dua teratas liga selepas 11 perlawanan yang dilalui setakat ini.

Kedah kini hanya dipisahkan oleh satu mata berbanding JDT. Pertemuan pertama kedua-dua pasukan di perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim pada Mac lalu bagaimanapun memihak kepada JDT dengan keputusan 2-0.

 

Baca artikel lain mengenai Liga Malaysia 2021 melalui pautan:

Aidil Sharin Lega Percaturan Berisikonya Tak Rencatkan Aksi Kedah

Benjamin Mora: Tiada Masalah Dalam Permainan, Cuma Kami Tidak Menang

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan (Mac 2021) PFAM-ASIANA.MY Milik Arif Aiman

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN