Perlawanan Liga Malaysia Manakah Yang Paling Diingati Oleh Pembaca Semuanya BOLA?

Sebagai peminat bola sepak, kita pasti akan mempunyai beberapa perlawanan yang menjadi kenangan manis kepada kita bukan?

Perlawanan itu mungkin boleh menjadi perlawanan yang memberikan kejuaraan kepada pasukan, atau menyelamatkan pasukan dari tersingkir ke liga bawahan.

Memandangkan Liga Malaysia sedang berehat, penulis mengambil pendekatan berbeza untuk bercerita mengenai liga tempatan walaupun di luar musim.

Penulis telah bertanyakan kepada para pembaca Semuanya BOLA di Facebook dan juga Twitter mengenai perlawanan Liga Malaysia yang manakah paling diingati oleh mereka semua.

Tidak kira dari musim bila, Liga Super atau Piala Malaysia. Jom baca respon dari anda. Mana tahu, respon anda terpilih masuk ke dalam artikel ini?

Bangkit dari kejatuhan

Salah satu nikmat terindah ketika menonton perlawanan bola sepak adalah pasukan kita menang selepas ketinggalan bukan?

Bermula dengan bermain buruk, selepas itu bangkit untuk mencapai kemenangan pada separuh masa kedua.

Perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014 antara ATM dan Lions XII merupakan antara pilihan pembaca kami.

Hampir saja tewas, tandukan minit akhir Marlon Alex James berjaya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

ATM kemudiannya menang 5-4 menerusi sepakan penalti dan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2014.

Bagi penyokong Perak pula, kebangkitan menakjubkan pada suku akhir kedua Piala Malaysia 2017 menentang Pahang merupakan antara kemenangan termanis pernah dimiliki mereka.

Tewas 3-1 di Kuantan sebelum menang 4-0 di Ipoh. Comback is real kate deme!

https://twitter.com/hafizanchimidin/status/946017697816440832

Tak boleh dilupakan, kemenangan masyhur Pahang di Darul Makmur ke atas JDT dalam aksi Liga Super.

Penulis rasa beliau maksudkan R. Surendren yang jaringkan gol kemenangan.

Ketinggalan 0-2 hasil jaringan Safiq Rahim dan juga Norshahrul Idlan Talaha, Pahang kembali bangkit dengan jaringan Fauzi Roslan, Faizol Hussien dan juga R. Surendren untuk menghasilkan salah sebuah perlawanan terbaik dalam sejarah Liga Super!

Pihak lawan diratah!

Ramai juga pembaca kami yang gemarkan perlawanan yang berakhir dengan lawan mereka dibelasah teruk.

Antara yang popular apabila JDT dibelasah teruk 6-1 oleh Kelantan di Kota Bahru!

Sekali lagi melibatkan JDT, kali ini ketika menentang Selangor. Bagi penyokong Selangor, kemenangan 4-1 di Shah Alam cukup bermakna buat mereka.

S. Kunanlan, Forkey Doe, Mahalli Jasuli dan juga Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol dalam aksi Liga Super 2013 itu.

https://twitter.com/tunismail13/status/946017114040672256

Jika jaringan 6-1 sinonim dengan kemenangan Kelantan ke atas JDT, ia juga ada nilainya bagi penyokong Sarawak.

Walaupun Sarawak kini seperti hilang taringnya, tetapi kenangan membelasah Perak 6-1 dalam saingan Piala Malaysia 2013 sentiasa mekar di hati peminat mereka.

Perlawanan akhir yang epik

Berbicara mengenai perlawanan akhir, saingan Piala Malaysia mahupun Piala FA Malaysia banyak memberikan kenangan indah buat para peminat bola sepak negara.

Perlawanan akhir Piala FA 2011 antara Kelantan dan Terengganu antara yang menjadi pilihan ramai pembaca Semuanya BOLA.

https://twitter.com/AfiqShari/status/946032439008280576

Di kala penyokong Terengganu ada yang sudah pulang kerana sangka pasukan mereka sudah tewas, muncul gol sendiri Daudsu Jamaluddin memberikan ‘talian hayat’ kepada skuad Penyu.

Memasuki masa tambahan, gol dari Ahmad Nordin Alias memberikan kejuaraan buat Terengganu.

Sempat lagi ya mengusik di hujung komen. Hehe.

 

Jika Terengganu merupakan juara Piala FA Malaysia bagi 2011, mereka merupakan pasukan yang tewas pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011.

https://twitter.com/SyahrulAshraff/status/946035892770058241

Antara perlawanan akhir yang diingati ramai pembaca kami, gol akrobatik Hairuddin Omar memberikan gelaran Piala Malaysia kedua dalam tempoh 3 tahun!

Bagi penyokong Kelantan, perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 merupakan aksi perlawanan yang cukup bermakna buat mereka.

Gol dari Indra Putra bukan sahaja memberikan kejuaraan kepada mereka, malah melengkapkan gelaran treble mereka pada musim tersebut!

Perlawanan ini juga berjaya membuka hati seorang peminat bola sepak tempatan untuk terus mengikut kancah Liga Malaysia dengan lebih dekat.

https://twitter.com/_HasifFarhan/status/946031778715680768

Satu lagi perlawanan yang diingati adalah perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 antara Pahang dan juga JDT.

Beraksi dengan 10 pemain, Pahang berjaya bangkit untuk menjuarai Piala Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti!

Perlawanan-perlawanan lain?

Bahagian ini boleh dikatakan sebagai ruangan honorable mentions untuk perlawanan-perlawanan tertentu.

Sebagai contoh perlawanan Liga Super 2016 melibatkan Pulau Pinang menentang Pahang. Perlawanan ini akan sentiasa diingati kerana terhasilnya jaringan bertaraf dunia oleh Faiz Subri.

Ada juga yang terkenang saat Melaka United diangkat tarafnya ke Liga Perdana. Semuanya menerusi tandukan Nurshamil Ghani!

Ada juga yang sukakan perlawanan yang “senyap dan tenang” seperti pemuda ini.

https://twitter.com/cheryna27/status/946031894977581056

Ada juga yang menangis gembira melihat pasukan pujaannya iaitu Perlis mendakap Piala Malaysia.

https://twitter.com/ChulikaLapista/status/946036233460785155

Bagi penyokong Pulau Pinang, kejayaan menewaskan musuh tradisi sememangnya digemari mereka!

Bagi Ketua Editor Semuanya BOLA, pengalaman tayar pancit ketika menghadiri perlawanan Kuala Lumpur-Terengganu akan sentiasa diingati oleh beliau.

Tabahlah bos.

Hasil dari respon anda semua, ternyata banyak perlawanan menarik yang menjadi pilihan anda dalam Liga Malaysia. Tak mampu untuk kami masukkan semua!

Kepada mereka yang komennya tidak disiarkan dalam artikel ini, cuba lagi lain kali ya!

Terima kasih di atas respon yang anda berikan untuk menjayakan artikel ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN