Perlawanan Kelayakan ACL Melibatkan Pasukan Iran Dibawa Ke Gelanggang Neutral

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah membuat keputusan untuk membawa perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) melibatkan pasukan dari Iran dibawa ke gelanggang neutral atau berkecuali.

Memetik laporan The Star Online, AFC membuat keputusan terbabit akibat faktor keselamatan untuk pasukan-pasukan terlibat untuk bermain di negara republik Islam itu.

Kerisauan mengenai isu keselamatan itu terjadi selepas kemarahan rakyat Iran kepada Amerika Syarikat yang membunuh jeneral tentara utama mereka iaitu Qassem Suleimani yang didakwa diarahkan sendiri oleh presiden Donald Trump.

Selain itu, ia juga melibatkan kes tentera Iran menembak jatuh kapal terbang Ukraine International Airlines secara tidak sengaja pada 8 Januari yang lalu.

AFC juga mengatakan perlawanan-perlawanan tersebut akan ditangguhkan kepada 25 Januari 2020 dengan Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjadi lokasi pilihan untuk perlawanan tersebut diadakan.

“Untuk membantu proses pertukaran kepada gelanggang neutral, yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa AFC, AFC akan menunda perlawanan-perlawanan tersebut kepada 25 Januari 2020 di Emeriah Arab Bersatu.”

Esteghlal antara pasukan Iran yang terkesan dengan penangguhan perlawanan kelayakan ACL oleh AFC. GAMBAR: FC Esteghlal Iran (Twitter)

Dua kelab Iran iaitu Shahr Khodro FC dan Esteghlal FC dijadualkan bertemu wakil Bahrain iaitu Riffa dan pasukan dari Kuwait iaitu Kuwait SC pada pusingan kelayakan ini.

Sungguh pun begitu, kesemua empat wakil Iran di pentas Asia termasuklah Persepolis dan Sepahan dikatakan tidak mahu beraksi di luar Iran sekiranyan mereka dipilih sebagai tuan rumah untuk mana-mana perlawanan anjuran AFC.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply