Perlawanan Liga Super Kelantan vs Melaka Ditunda!

Perlawanan di antara Kelantan dan Melaka United yang sepatutnya berlangsung malam ini telah ditunda. Ia diumumkan oleh KAFA melalui Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor.

Kenyataan itu turut dikongsi di laman bola sepak TRWFC:

Menurut Datuk Ismail Mohd Noor, komisioner perlawanan mengesahkan Stadium Sultan Muhammad IV gagal menepati spesifikasi hari perlawanan.

Ini kerana permukaan padangnya tidak sesuai untuk menganjurkan perlawanan bola sepak. Ia boleh mengundang masalah kepada para pemain.

Ini adalah gambar padang yag diambil pada sekitar 10 pagi tadi.

Ia berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan. Komisioner perlawanan turut mengambil kira isu cuaca yang diramal akan mengundang risiko kepada pemain dan penyokong yang berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad IV.

Untuk tambahan, ini merupakan perlawanan pertama untuk pendatang Liga Super Melaka. Kali terakhir kedua-dua pasukan beraksi di sini adalah pada April 2008.

Ramai penyokong mengucapkan terima kasih kepada pihak yang bertanggungjawab kerana mengutamakan aspek keselamatan sebagai agenda utama dalam membuat keputusan.

Sebelum ini, 2 perlawanan Liga Premier turut ditangguhkan pada semalam. Ia melibatkan Kuantan FA menentang UiTM FC di Kuantan dan Terengganu menentang PKNP FC di Kuala Nerus.

Perlawanan di antara Terengganu dan UiTM FC turut dihentikan pada minit ke-11 selepas takungan air yang teruk di permukaan padang.

FMLLP akan mengumumkan tarikh baru bagi kesemua perlawanan-perlawanan ini kelak.

Nampaknya bahang Liga Super di Kelantan dan Melaka tertangguh seketika. Apa yang penting buat masa ini adalah isu keselamatan semua pihak.

Kami di semuanyaBOLA mendoakan agar masyarakat di kawasan Pantai Timur berhati-hati ketika musim hujan dan banjir ini.

[adrotate group=”6″]

Baca juga: Previu Fantasy Premier League 2016/2017: Minggu 22

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN