Perjalanan Pemain Skuad Suku Akhir UCL 2002/03 Ajax Yang Penuh Bakat

Pada musim 2002/03 Ajax mara ke suku akhir UCL namun ditewaskan oleh gergasi AC Milan. Skuad bimbingan Ronald Koeman ini terdiri daripada ramai pemain muda yang berbakat.

Anda mungkin kenal dengan nama nama pemain utama mereka ketika itu berbanding dengan yang ada pada hari ini. Berikut adalah perjalanan pemain-pemain skuad Ajax yang bermain pada suku akhir UCL 2002/03 selepas itu.

Penjaga gol: Bogdan Lobont

lo

Lobont menyertai Ajax dari Rapid Bucureşti, pada tahun 2000 dan menghabiskan masa enam tahun di Ajax sebelum tempat beliau dirampas oleh Maarten Stekelenburg.

Beliau akhirnya berhijrah Fiorentina, sebelum musim ringkas di Dinamo Bucuresti. Kini beliau adalah penjaga gol ke-3 Roma. The Pisica (cat) hanya bermain dalam 22 perlawanan liga sejak 2009.

Bek Kanan: Hatem Trabelsi

trabelsi

Bek kanan dari Tunisia ini bermain 175 perlawanan bersama Ajax sebelum menyertai Manchester City pada musim panas tahun 2006.

Ketika di England beliau gagal mendapatkan aksi terbaik seperti di Belanda. Trabelsi meninggalakn Citizen selepas 23 perlawanan. Beliau menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal, dan bersara pada tahun 2007.

Bek Tengah: Tomas Galasek

galasek-1024x735

Beliau adalah tulang belakang dalam pertahanan Ajax pada era awal 2000-an. Bek tengah Republik Czech ini meninggalkan Ajax pada 2006 dan menyertai 4 lagi kelab lain.

Seperti Trabelsi, beliau gagal mengulangi aksi cemerlang seperti di Ajax. Beliau kini aktif dalam dunia kejurulatihan dan pengurusan selepas bersara.

Bek Tengah: Cristian Chivu

chivu-1024x687

Chivu diundi sebagai Pemain Terbaik Belanda pada 2002. Pemain yang dikenali dengan kemampuan untuk bermain seperti pemain tengah ini memang antara bek tengah terbaik dalam generasi beliau.

Pada 2003, Chivu menyertai Roma dan menjadi pemain utama di sana. Chivu selepas itu menyertai Inter Milan. Anda pasti teringat ketenangan dan kehebatan beliau dengan bola walaupun di seorang bek tengah.

Bek Kiri: Maxwell

maxwell1-1024x806

Selepas menjadi pemain yang berjaya di Ajax, bakat Maxwell terus menjadi perhatian kelab besar. Sehingga ke hari ini beliau masih mampu bermain bersama-sama dengan kelab elit Eropah.

Selepas meninggalkan Ajax pada 2006, Maxwell telah menyertai Inter Milan, Barcelona, dan Paris Saint-Germain. Beliau antara bek sisi yang paling berjaya di liga utama Eropah.

Pemain Tengah Bertahan: Nigel de Jong

nigel-de-jong1-1024x637

De Jong adalah graduan akademi Ajax. Pemain tengah bertahan yang agresif ini memecah masuk ke dalam skuad utama pada tahun 2002 dan akan membuat lebih 125 penampilan sebelum menyertai Hamburg.

De Jong kemudian menyertai Manchester City dan memenangi EPL. Selepas itu, beliau berhijrah ke AC Milan, Galaxy dan kini Galatasaray.

Pemain Tengah : Richard Witschge

richard-witschge-1024x683

Witschge, membuat penampilan sulung untuk Ajax pada tahun 1986. Beliau kembali semula ke Ajax pada 1996 selepas menikmati karier di Barcelona bersama pengurus Johan Cruyff.

Selepas bersama Ajax, Witschge menyertai Bordeaux dan bermain bersama bitang remaja Zinedine Zidane. Beliau bersara pada 2004 dan terlibat dalam dunia kejurulatihan.

Pemain Tengah: Rafael van der Vaart

rafael-van-der-vaart1-1024x693

Pada awal kemunculannya di Ajax, Van der Vaart dianggap permata selepas memenangi anugerah Golden Boy pada tahun 2003.

Van Der Vaart meninggalkan Ajax pada tahun 2005 untuk menyertai Hamburg. Beliau kemudian ke Real Madrid. Namun kariernya di Real agak suram sebelum bangkit semula menjadi pemain elit eropah ketika bersama Tottenham Hotspur.

Beliau ada 109 caps antarabangsa Belanda dan kini bermain untuk Midtjylland.

Sayap Kanan : Andy van der Meyde

andy-van-der-meyde-1024x713

Beliau adalah pemain yang sangat berbakat namun amat bermasalah dari segi disiplin. Beliau juga bergelut dengan rekod kecederaan yang berterusan.

Gagal menepati ramalan ramai pihak yang menjangkakan dia akan menjadi salah seorang pemain terbaik Eropah. Kelab terakhir beliau adalah PSV Eindhoven, di mana beliau tidak bermain langsung dalam Eredivisie ketika di sana.

Sayap Kiri: Steven Pienaar

steven-pienaar1-1024x815

Pemain serba boleh dan berstamina tinggi ini antara yang menjadi kesayangan penyokong Ajax. Beliau berlepas ke Borussia Dortmund pada 2006. Karier beliau di Dortmund agak sukar.

Pienaar menjadi pemain penting kelab sekali lagi ketika di Everton sebelum menyertai Tottenham Hotspurs. Kini beliau bergabung kembali dengan David Moyes di Sunderland.

Peyerang Tengah: Zlatan Ibrahimovic

zlatan-ibrahimovic-1024x740

Dalam usianya yang muda, beliau sudah ada rekod 48 gol di 110 perlawanan di Ajax. Selepas meninggalkan Ajax, Zlatan menjadi penyerang yang berpengaruh dan paling dikehendaki dalam bola sepak dunia.

Beliau menyertai Juventus, Inter Milan, Barcelona, ​​AC Milan, Paris Saint-Germain dan Manchester United. 13 kejuaraan liga sudah dimenangi oleh Ibrahimovic.

Pemain-pemain Lain

John Heitinga

Heitinga hanya bermain 44 minit pada musim 2002/03. Bakat dan kebolehan beliau menjadikannya pemain penting Ajax selepas itu dengan lebih 200 penampilan rasmi.

Heitinga kemudiannya menyertai Atletico Madrid, Everton, Fulham, Hertha Berlin dan kembali semula ke Ajax. Beliau sudah bersara dan menjadi jurulatih.

Jari Litmanen

Salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman untuk Ajax. Litmanen kembali ke Ajax pada 2002 dari Liverpool. Sebelum itu beliau bersama Barcelona.

Mido

mido

Dalam satu kenyataan rasmi pegawai teknikal Ajax beliau mendedahkan, penjejak bakat (scouter) lebih ramai memerhatikan penyerang Mesir Mido berbanding dengan Zlatan ketika kedua-dua pemain tersebut masih muda.

Hampir setiap hari akan ada panggilan dan e-mail pertanyaan untuk bercakap dengan Mido. Namun pemain ini juga ada masalah disiplin dan terlalu santai dalam membangunkan dirinya.

Sejak meninggalkan Ajax pada tahun 2003, Mido bermain untuk Marseille, Roma, Spurs dan Middlesbrough, sebelum dipinjam ke Barnsley. Beliau sudah pun bersara dan memasuki dunia pengurusan.

Beliau juga pernah menjadi pengarah sukan di El Zamalek. Kini beliau adalah penasihat teknikal Lierse. Siapa sangka bekas budak nakal ini berbakat dalam pentadbiran sukan.

Wesley Sneijder

vdv

Beliau adalah graduan akademi Ajax. Sneijder meninggalkan Ajax selepas musim paling produktif beliau (22 gol seluruh 47 perlawanan) pada tahun 2007 untuk menyertai Real Madrid.

Karier di Real Madrdi suram walaupun beliau memenangi La Liga. Beliau bangkit ketika menyertai Inter dan berjaya memenangi treble. Kini beliau bermain untuk Galatasaray.

Seperti Van Der Vaart, beliau adalah pemain tengah paling penting untuk Belanda dalam generasi mereka.

Maarten Stekelenburg

Stekelenburg bersatu semula dengan Koeman di Southampton pada 2015 dan turut bersama-sama Koeman ke Everton. Beliau muncul dalam lebih 200 perlawnaan untuk Ajax sebelum berhijrah ke AS Roma dan Fulham.

Baca juga : “Ajax Amsterdam Dah Mengabaikan Prinsip Asas Bola Sepak” – Johan Cruyff

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN