Perjalanan Liga Masih Panjang Untuk Dilalui – Cesc Fabregas

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Cesc Fabregas

Pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas beranggapan kelebihan 6 mata yang dimiliki Manchester City keatas kelabnya ketika ini adalah tidak membawa apa-apa makna.

Minggu lalu Manchester City berjaya menundukkan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge untuk terus kekal ditangga teratas Liga Perdana Inggeris, kekalahan itu membuatkan Chelsea turun ditempat ke-4.

Fabregas menegaskan pasukannya mampu untuk mengulangi pencapaian musim lalu apabila kembali bangkit dari dua kekalahan pada perlawanan ke-5 dan 6 bertemu Liverpool dan Chelsea untuk memecut laju bagi menjuarai saingan 2016-17.

Ketika itu Chelsea yang berada di musim pertama kendalian Antonio Conte tewas 2-1 ditangan Liverpool dan 3-0 menentang Arsenal. Selepas daripada dua kekalahan tersebut, Chelsea telah berjaya mencatatkan 13 kemenangan berturut-turut.

LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 30: Gabriel Jesus of Manchester City takes the ball away from Cesc Fabregas of Chelsea during the Premier League match between Chelsea and Manchester City at Stamford Bridge on September 30, 2017 in London, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Cesc Fabregas yang bercakap di laman web rasmi pasukan, berkata: ”Tanpa ragu keadaan ini sama seperti musim lalu.”

”Ketika ini pada tahun lepas, kami ketinggalan 8 mata dibelakang pendahulu, ianya tidak memberi sebarang makna. Perjalanan liga masih panjang untuk dilalui,” tambah pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Chelsea yang berjaya mencipta kejayaan dalam kunjungan ke Madrid terpaksa bertemu satu lagi cabaran sukar dari Manchester City tiga hari kemudian. Sebelum itu Chelsea berjaya menumpaskan Stoke City di gelanggang lawan.

”Sebenarnya kami tahu bahawa minggu tersebut menjadi minggu yang sukar, ianya bermula dengan kunjungan ke Stoke yang sepertimana kita mengetahui bahawa itu merupakan tugas yang sukar.”

”Selepas itu kami ke Atletico Madrid dan tiba ke London pada awal pagi (5 pagi) pada hari Khamis, hanya satu hari untuk melakukan persiapan menentang City.”

”Kami bertemu City, sebuah pasukan yang cukup bersedia. Mereka beraksi ditempat sendiri (perlawanan Liga Juara-Juara Eropah) dan mempunyai satu hari tambahan untuk berehat. Kami tidak jadikan ianya sebagai alasan tetapi ini merupakan minggu yang sukar dan kami telah bersaing. Kami memberikan segalanya dan tidak dapat melakukan apa-apa lagi.”

Sumber :

Evening Standard (2017) – https://www.standard.co.uk/sport/football/it-means-nothing-cesc-fabregas-downplays-chelseas-six-point-deficit-to-manchester-city-a3648821.html

Chelsea FC (2017) – http://www.chelseafc.com/news/latest-news/2017/10/fabregas–long-way-to-go.html