Perjalanan Karier 22 Tahun Samuel Eto’o Berakhir Selepas Umum Persaraan

Peledak berbisa yang pernah mewarnai pentas Eropah satu ketika dahulu, Samuel Eto’o telah mengumumkan persaraannya dalam kancah bola sepak profesional.

Beliau memberikan petunjuk jelas langkah tersebut dengan memuat naik ‘posting’ yang berbunyi ‘Tamat. Menuju cabaran baru. Terima kasih semua.’ di akaun Instagram rasmi milik beliau.

Eto’o yang kini berusia 38 tahun telah meraih pelbagai kejayaan sepanjang kariernya terutamanya menjadi pemenang Liga Juara-Juara Eropah sebanyak tiga kali iaitu ketika bersama Barcelona [dua kali] dan Inter Milan.

Selain itu, penyerang kelahiran Douala, Cameroon tersebut juga telah menjaringkan lebih daripada 350 gol bersama kelab-kelab yang pernah disertainya.

Manakala di pentas antarabangsa pula, Samuel Eto’o telah mengecap nikmat selaku juara Africa Cup of Nation buat dua edisi berturut-turut [2000 dan 2002] dan turut memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2000 di Sydney selepas berjaya menundukkan Sepanyol pada perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti.

Eto’o menjaringkan gol kedua sekaligus menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 0-2 dan turut menyempurnakan sepakan penalti untuk kejayaan bermakna tersebut. Beliau telah membuat 118 penampilan bersama skuad kebangsaan Cameroon dan berupaya menjaringkan 56 gol.

 

View this post on Instagram

 

THE END? VERS UN NOUVEAU DÉFI… Merci à vous tous big love ❤️ adrénaline ??????

A post shared by Samuel Eto’o (@setoo9) on

Beliau turut memegang rekod selaku penjaring terbanyak Cameroon dan Africa Cup of Nation sepanjang zaman serta empat kali dipilih sebagai pemain terbaik tahunan Afrika.

Permulaan karier yang gelap bersama Real Madrid memaksanya memilih haluan untuk dipinjamkan ke beberapa pasukan dan seterusnya berpindah secara tetap ke Real Mallorca pada musim 2000/01.

Tanpa memandang ke belakang, Eto’o terus membuktikan kehebatannya sehingga mendapat perhatian Barcelona bagi memantapkan jentera serangan The Blaugrana.

Lima musim yang boleh dikatakan cemerlang bersama Barcelona, beliau kemudiannya sering berkelana bagi mengembangkan kariernya dengan lapan pasukan disertai selepas itu termasuklah Inter Milan, Anzhi Makhachkala, Chelsea, Everton, Sampdoria, Antalyaspor, Konyaspor dan yang terakhir Qatar SC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN