Perincian Tawaran Kontrak PSG Untuk Messi Termasuk Jersi No.10 Neymar

Lionel Messi telah disahkan tidak akan menyambung kontraknya bersama-sama Barcelona, meninggalkan kelab tersebut selepas 21 tahun bersama.

Berpisahnya Messi dengan Barcelona, ia juga membuka ruang kepada kelab Eropah yang lain untuk mendapatkan pemain tersebut.

Kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) begitu laju melakukan kerja apabila melancarkan gerak mereka untuk mendapatkan mantan pemain Barcelona iaitu Lionel Messi.

Tawaran lumayan

Menurut laporan beberapa akhbar dan media Perancis, Lionel Messi dipercayai akan menerima tawaran lumayan sebesar €40 juta setahun (selepas cukai) di PSG.

Messi terpaksa melupakan Barcelona disebabkan peraturan ketat La Liga yang enggan menerima kontrak lima tahun yang Barcelona tawarkan untuk pemain itu – disebabkan kedudukan perbelanjan kelab yang melebihi perolehan.

Jika Messi terpaksa menerima 50% pemotongan gaji di Nou Camp, L’Equipe melaporkan pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali itu akan menerima gaji yang lebih lumayan di Parc des Princes.

Bagaimanapun Messi hanya akan ditawarkan kontrak selama dua tahun, dengan kedua-dua pihak mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak tersebut kepada setahun lagi.

Laporan sama turut mengesahkan Messi akan kekal menjadi pemain bola sepak profesional dengan pendapatan tertinggi di dunia, apabila PSG sanggup membayar pemain itu sebanyak €769,000 seminggu.

Secara keseluruhan, kontrak Messi bersama PSG boleh mencapai angka €120 juta untuk tempoh tiga tahun tersebut, dan ini tidak termasuk bayaran bonus atau yuran perjanjian kontrak yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Messi tolak jersi No.10

Selain jumlah gaji yang lumayan, PSG dilaporkan turut menawarkan Messi jersi No.10 yang sinonim dengan pemain itu selama ini. Jersi No.10 di PSG kini dipakai oleh Neymar.

Bagaimanapun ia tidak menjadi asalah kerana menurut laporan RMC, Neymar yang juga bersahabat baik dengan Messi sanggup memberikan jersi No.10 kepada Messi sebaik pemain itu tiba di Parc des Princess.

Messi bagaimanapun dikatakan menolak dengan baik tawaran PSG dan Neymar, sebaliknya memilih untuk memakai jersi No.19 bersama pasukan itu nanti.

Jersi N0.19 juga bukan angka yang asing buat pemain dari Argentina itu. Ia adalah antara jersi terawal dipakai Messi ketika baru dipanggil bersama skuad kebangsaan Argentina.

Jersi dengan nombor yang sama turut dipakai oleh Messi di Barcelona sebelum mengambil alih No.10 dari Ronaldinho.

Jika berjaya melengkapkan perpindahan Messi, ini bermakna PSG berjaya menambat ramai bintang dunia secara percuma. Sebelum ini Sergio Ramos, Gianluigi Donnarumma dan Gini Wijnaldum telah didatangkan secara percuma, selan Achraf Hakimi yang dibeli dengan nilai £54 juta.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN