VIDEO: ‘Throwback’ Pergaduhan Antara Keane & Vieira Di Terowong Highbury Pada 2005

Bagi generasi kini yang tidak mengetahui, satu ketika dahulu Premier League mempunyai permusuhan yang cukup mengasyikan diantara Arsenal dan juga Manchester United.

Kedua-dua pasukan ini saling berebut kejuaraan dengan kedua-dua pasukan diwakili 2 ketua pasukan yang cukup berpengaruh iaitu Patrick Vieira dan juga Roy Keane.

Kedua-dua ketua pasukan ini juga tidak sehaluan dan sering bertelagah setiap kali mereka bertemu sama ada di laman lama Arsenal iaitu Highbury atau di Old Trafford.

Kali ini, kami ingin membawa anda menyaksikan rakaman lama lagi klasik mengenai pergaduhan diantara kedua-dua ketua pasukan ini ketika sebelum perlawanan berlangsung di Highbury pada 2005.

Anda di pihak mana, Vieira atau Keane?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram