Perebutan Anugerah Ballon D’Or 2018 Semakin Sengit

Seramai 30 pemain dicalonkan untuk anugerah berprestij sukan bola sepak, Ballon d’Or yang diumumkan oleh France Football. Pemenang bagi anugerah yang dianjurkan majalah France Football ini akan diumumkan pada 3 Disember depan.

Turut tersenarai ialah 4 pemain Liverpool, Alisson Becker, Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah. Alisson menyertai kelab The Reds dari AS Roma ketika perpindahan musim panas selepas membantu kelab Serie A berkenaan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu dan mewakili Brazil pada Piala Dunia.

Pemain memakai jersi nombor 13 itu melakukan kemunculan baik dalam kehidupan baharu di Anfield, mencatat lima kali perlawanan tanpa bolos dalam 10 penampilan setakat ini.

Firmino menjaringkan 27 gol dalam semua kejohanan pada musim 2017/18  termasuk 10 gol dalam saingan Liga Juara-Juara dan menemui gawang tiga kali pada musim ini.

Sementara itu, seorang lagi pemain utama Liverpool musim lalu, Sadio Mane menjaringkan 20 gol secara keseluruhan dan pada setiap kempen Piala Eropah.

Mohamed Salah melalui kempen sulung yang hebat dalam sejarah Reds dengan 44 gol selepas dibeli dari AS Roma pada 2017, termasuk rekod 32 gol dalam 38 saingan Liga Perdana.

Selain itu, 11 pemain yang turut disenarai pendek adalah pemain yang beraksi di Liga Perdana Inggeris manakala bakinya mewakili kelab yang bersaing La Liga, Sepanyol; Serie A Itali dan Ligue 1, Perancis termasuk Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Penyerang Real Madrid dan Wales, Gareth Bale serta perancang Manchester City, Kevin De Bruyne turut berada dalam senarai 30 pencalonan itu.

Bale yang menjaringkan dua gol ketika final Liga Juara-Juara menewaskan Liverpool menyertai rakan sepasukannya, Karim Benzema dalam senarai pertama daripada 30 pencalonan bagi anugerah pemain terbaik berkenaan.

Pemain tengah Belgium, De Bruyne dicalonkan selepas membantu kelabnya menjuarai Liga Perdana Inggeris dan menjadi antara tonggak negaranya yang mara ke separuh akhir Piala Dunia di Russia.

Selepas tewas bagi perebutan anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) kepada bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Luka Modric, Cristiano Ronaldo juga disenarai pendek.

Penyerang Juventus itu yang ketika ini berdepan tuduhan rogol pada 2009 dan menafikan jenayah berkenaan sudah pun memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali selain penyandang anugerah.

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero juga disenarai pendek bersama seorang lagi penyerang prolifik Amerika Selatan, Edinson Cavani dari Uruguay dan beraksi untuk kelab Paris Saint-Germain.

Buat pertama kali, anugerah Ballon d’Or bagi kategori wanita turut dipertandingkan pada tahun ini dengan calon-calonnya akan diumumkan lewat hari ini.

Turut dipertandingkan buat pertama kali adalah bagi anugerah bawah 21 tahun yang akan menerima trofi Kopa dengan penyerang Perancis dan Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe antara calon pilihan.

Anugerah Ballon d’Or yang pertama kali dimenangi pemain dari Inggeris, Stanley Matthews pada 1956 diputuskan dalam undian di kalangan wartawan di seluruh dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN