Peraturan 50+1 Hanya Membuatkan Pasukan Bundesliga Lemah

Bundesliga

Kenyataan ini jelas pedas dan akan menimbulkan perdebatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayer Leverkusen, Fernando Carro mengatakan yang peraturan 50+1 yang perlu dipatuhi oleh kelab-kelab di Jerman hanya akan membantutkan pasukan negara itu untuk maju.

Menurut Carro, peraturan tersebut tidak lagi bersesuaian dengan norma bola sepak global pada hari ini dan ianya akan menyukarkan pasukan Jerman untuk bersaing.

“Peraturan bola sepak Jerman kini tidak lagi masuk akal dalam dunia bola sepak moden.”

“Ianya benar apabila kita lihat kepada sudut ‘kita memang bergantung kepada duit sendiri’,” katanya menerusi Transfermarkt.

Pada pandangan Carro, penglibatan antara golongan profesional dan penyokong dalam menguruskan kelab ini tidak lagi memberikan impak yang diharapkan.

Dalam bola sepak moden, beliau berkata yang ahli kelab dan penyokong tidak lagi terlibat dalam situasi perbincangan mengenai apa yang perlu dilakukan untuk menggerakkan kelab.

“Perkara ini dapat dilihat dengan jelas di pelbagai kelab, pentadbir kelab dan penyokong tidak lagi berbincang bagaimana nak uruskan wang.”

Pada hemat Carro, adalah penting untuk kelab menjadi profesional semaksima mungkin supaya ianya boleh membuatkan pasukan akan terus kompetitif dengan kelab-kelab utama di dunia yang lain.

Dalam bahasa mudahnya, perlu ada wang untuk terus bersaing.

Dalam masa yang sama, Carro meminta agar Bundesliga meningkatkan wang hasil siaran langsung kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

“Nilai Bundesliga ketika ini adalah lebih tinggi berbanding apa yang disasarkan walaupun sedang mengalami pandemik.”

“Saya berharap agar wang penyiaran Bundesliga di peringkat antarabangsa akan dinaikkan dengan signifikan.”

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply