Perancis Gondol Kejuaraan Sulung FIFA eNations Cup

Semalam berlangsungnya perlawanan akhir FIFA eNations Cup di London, Britain. Perancis memenangi perlawanan akhir dengan menewaskan Argentina.

Jaguh di konsol

Perancis diwakili oleh Corentin Thullier dan Lucas Cuillerier yang masing-masing menggunakan gelaran Maestro dan DaXe.

Manakala Argentina pula diwakili oleh Gabriel Fawaz dan Nicolas Villalba. Fawaz menggunakan gelaran Yagocai manakala Villalba memakai nama Nicolas99.

Perlawanan pertama menyaksikan Thullier seri 1-1 dengan Villalba. Perlawanan pertama menggunakan konsol PlayStation.

Dalam perlawanan kedua yang menggunakan konsol XBox, Fawaz tewas kepada Cuillerier melalui skor 2 berbalas 1.

Bernilai

MAIDSTONE, ENGLAND – APRIL 14: Lucas ‘DaXe’ Cuillerier of France and Corentin ‘MAESTRO’ Thullier of France pose for a photo with members of their team and with the check for first place after winning the tournament during Day 2 of FIFA eNations Cup 2019 on April 14, 2019 in Maidstone, England. (Photo by Dan Mullan – FIFA/FIFA via Getty Images)

Duo Perancis tersebut menerima 40 ribu Dolar Amerika Syarikat selaku juara. Naib juara pula menerima 20 ribu Dolar Amerika Syarikat.

Menariknya, pemain yang memenangi kejohanan ini akan menerima 1500 Global Series Points setiap seorang. Manakala pemain yang menjadi naib juara pula akan menerima 850 Global Series Points bagi setiap seorang.

Episod baru

Mulai 2019, FIFA bersama EA Sports menganjurkan kejohanan FIFA eNations Cup. 20 pasukan telah layak untuk menyertai kejohanan ini.

20 pasukan ini telah diasingkan kepada 4 kumpulan. Bermakna setiap pasukan akan menentang 4 pasukan lain dalam kumpulan sama.

Satu perlawanan akan menyaksikan dua konsol berbeza digunakan iaitu PlayStation dan Xbox.

Juara dan naib juara kumpulan akan berentap pada perlawanan kalah mati. Pada perlawanan separuh akhir, Denmark ditewaskan oleh Argentina.

Perancis pula menumbangkan Portugal dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Masa depan

Nampaknya kejohanan permainan elektronik ini akan menjadi meriah. Bilakah akan ada wakil negara kita beraksi dalam pusingan akhir kejohanan ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN