Sepakan Percuma Cantik Baddrol Bakhtiar Selamatkan 1 Mata Buat Kedah Di Ipoh

Aksi Perak menentang Kedah dilangsungkan dalam keadaan padang yang tidak begitu baik akibat cuaca yang hujan sebelum perlawanan berlangsung.

Walaupun begitu, aksi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan cuba baik apabila masing-masing menunjukkan corak permainan terbuka.

Namun begitu, tiada gol berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan walaupun beberapa percubaan bahaya berjaya dihasilkan oleh pasukan Perak dan juga Kedah.

Akan tetapi, insiden utama di separuh masa pertama adalah ketika Liridon Krasniqi dikenakan kad kuning selepas beliau mengasari Shahrom Kalam.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan terus mencari gol untuk meletakkan pasukan masing-masing dihadapan.

Apa yang boleh dikatakan adalah keadaan padang yang tidak begitu baik telah memaksa pasukan Kedah untuk beraksi dengan taktikal bola tinggi.

Perak akhirnya menajaringkan gol selepas percubaan Hafiz Kamal dari jarak dekat di dalam kotak penalti berjaya menghasilkan gol pada minit ke-61.

Namun begitu, Kedah membalas semula selepas rembatan cantik Baddrol Bakhtiar menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter menewarkan Hafizul Hakim di gawang Perak.

Perlawanan kemudiannya menyaksikan kedua-dua pasukan terus mencuba mencari gol kemenangan namun hasilnya tidak ada.

Secara keseluruhannya, perlawanan ini adalah perlawanan terbuka untuk kedua-dua pasukan malah kedua-dua pasukan mempunyai bilangan percubaan yang sama banyak.

Keputusan penuh, Perak 1-1 Kedah.

Kesebelasan utama

Perak: Hafizul Hakim (penjaga gol), Shahrom Kalam (kapten), Amirul Azhan, Thiago Aquino, Nazirul Naim, Hafiz Kamal, Nasir Bashruddin, Zaquan Adha, Yashir Pinto, Faton Toski, Hadi Yahya

Kedah: Ifwat Akmal (penjaga gol), Zac Anderson, Khairul Helmi Johari (kapten), Fitri Omar, Akram Mahinan, Baddrol Bakhtiar, Halim Shaari, Sandro Da Silva, Syazwan Zainon, Liridon Krasniqi, Ken Ilso

Baca juga: Ilija Spasojevic Umum Letak Jawatan Sebagai Kapten Melaka United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN