Perak Nafi Kontrak Jeon Hyo-seok, Kenyataan Mehmed Pada 2020 Pula Sebaliknya

jeon hyo-seok perak 2020

Malang tak sudah buat Perak FC apabila kali ini mereka menerima tuntutan saman bernilai hampir RM500 ribu daripada pemain asal Korea Selatan, Jeon Hyo-seok.

Jeon Hyo-seok merupakan antara pemain import yang dijangka akan memperkuatkan benteng Perak pada musim lalu, namun akhirnya ia tidak dapat direalisasikan apabila beliau dikhabarkan mengalami kecederaan yang masih belum pulih sepenuhnya.

Disebabkan itu, pemain berusia 24 tahun itu telah melaporkannya kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Perak diminta untuk membayar jumlah tuntutan itu. Namun, difahamkan kes dirujuk pula Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Belum ada keputusan rasmi mengenai kes tersebut disebabkan CAS masih belum dapat membicarakannya dek kerana penularan pandemik COVID-19, tahun lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, dakwaan pemain tersebut adalah palsu dan Perak masih belum menandatangani pemain tersebut sebagaimana yang dikatakannya. Ini berdasarkan kenyataan sumber dalaman Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

“Ini kes lama, dia cuba menipu PAFA dengan menyembunyikan kecederaan. Masa datang, dia dah cedera, sebab itu dia berdalih setiap kali disuruh berlatih,” jelasnya.

“Apabila PAFA membuat pemeriksaan rapi melalui pakar, dia sebenarnya membawa kecederaan lama, justeru PAFA tidak tandatangan sebarang kontrak. Sebaliknya pemain itu sendiri menandatangani salinan kontrak yang diberikan untuk rujukan.

“Dan kemudian dia menggunakanya [salinan kontrak] untuk membuat tuntutan itu,” jelas sumber dalaman yang tidak didedahkan oleh Utusan Malaysia, semalam.

Ia tampak agak janggal dan bertentangan dengan laporan Stadium Astro sekitar Januari 2020 yang lalu apabila pengendali Perak ketika itu, Mehmed Durakovic dilihat mengiyakan yang Jeon Hyo-seok telah sah menyertai skuad The Bos Gaurus.

“Kami sudah mengikat Seok Jeon dan dia akan berganding tenaga dengan Leandro Dos Santos, Raianderson Da Costa Morais [Careca] dan Guilherme De Paula,” ujarnya.

Pemain asal Korea Selatan itu hadir untuk sesi percubaan bersama Perak sekitar Disember 2019 sebelum dikhabarkan menyertai pasukan pada Januari. Namun, ketika itu, pengumuman pemain baharu masih belum dibuat oleh pengurusan pasukan.

Beliau dijangka akan bergandingan dengan Shahrul Saad untuk saingan musim 2020, namun akhirnya Perak membawa masuk Anthony Golec untuk mengukuhkan benteng.

Menurut wartawan The Star, T. Avineshwaran menerusi ciapan di Twitternya pada Januari 2020 juga memperlihatkan yang Jeon Hyo-seok mengalami kecederaan selepas menandatangani kontrak untuk bermain bersama Perak. Jadi?

Baca lagi artikel lain mengenai Perak FC:

Jeon Hyo-Seok Perkuatkan Jentera Pertahanan Perak

Kisah Perak Sehandal Israel & Mengapa Israel FA Jadi Persatuan Dibenci Di Benua Asia

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply