Perak Mungkin Tidak Akan Lepaskan Pemain Ke Latihan Pusat Harimau Malaya

PAFA

Kerana bimbang masalah kecederaan yang mungkin menimpa tonggak utama pasukan, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) akan menghantar surat rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memohon pengecualian 5 pemainnya daripada menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan minggu depan.

Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain mengesahkan perkara itu kerana pasukannya akan menghadapi perlawanan separuh akhir Piala Malaysia dan enggan membenarkan kecederaan yang menimpa kapten skuad The Bos Gaurus itu, Mohd Nasir Basharuddin berulang lagi kepada pemain lain.

“Kita akan hantar surat bagi memohon pengecualian pemain-pemain berkenaan. Kita tak nak lihat lagi pemain kita alami kecederaan.

“Apa pun, kita bukan menolak tugasan untuk negara, tetapi kita cuma tak nak lihat pemain kita alami kecederaan. Kita harap ada kerjasama daripada pihak FAM,” katanya kepada Sinar Harian.

Perak

Skuad kebangsaan dibawah kendalian Tan Cheng Hoe dalam persiapan untuk menghadapi kejohanan Piala AFF bulan depan dan aksi persahabatan antarabangsa berdepan Sri Lanka dan Repbulik Kyrgyz 12 dan 16 Oktober ini dijadikan medan untuk memilih pemain terbaik ke kejohanan itu.

5 pemain skuad Seladang yang dipanggil ialah Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Kenny Pallraj dan Norhakim Hassan. Mereka dikehendaki melapor diri di latihan pusat skuad kebangsaan mulai 8 Oktober ini.

Perak dijadualkan menentang Sabah di separuh akhir pertama Piala Malaysia pada 7 Oktober ini di Stadium Perak, Ipoh kemudian mereka akan bertandang ke Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 21 Oktober untuk aksi separuh akhir kedua.

Badan pengendali Liga (Malaysian Football League) mengumumkan perlawanan akhir Piala Malaysia akan berlangsung pada 27 Oktober 2018 di Stadium Shah Alam. Ia merupakan penutup kepada saingan Liga Malaysia musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN